CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1794|Reply: 1

[Pulau Pinang] Calon PH DUN Machang Bubok pengsan akibat keletihan

[Copy link]
Post time 6-8-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Calon PH DUN Machang Bubok pengsan akibat keletihan




LEE Khai Loon. FOTO BERNAMA



Bukit Mertajam: Calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubok Lee Khai Loon dilaporkan pengsan di pusat khidmatnya, di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata Lee, 45, rebah sebaik tiba di pusat khidmatnya selepas pulang daripada berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di kawasan Machang Bubok kira-kira 11 pagi tadi.

"Khai Loon mungkin keletihan akibat cuaca panas pagi ini, namun beliau telah sedar seketika tadi dan dalam keadaan stabil sekarang, tiada apa-apa (penyakit) yang serius dengan Khai Loon … beliau tidak dihantar ke hospital dan berehat di rumahnya hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhammad Bakhtiar yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata semua program dan kempen Lee hari ini dibatalkan, namun jentera parti akan meneruskan kempen yang telah dirancang termasuk menemui pengundi-pengundi di kawasan itu.

"Beliau memang seorang yang kuat bekerja dan saya difahamkan sejak memulakan kempen pada 29 Julai lepas, beliau turun padang untuk bertemu sebanyak mungkin pengundi di kawasan Machang Bubok," katanya.

Lee merupakan penyandang DUN Machang Bubok dan kawasan itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara beliau dengan calon daripada Perikatan Nasional (PN) Tan Hum Wei.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini.



Disiarkan pada: Ogos 6, 2023 @ 2:33pm











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2023 03:18 PM | Show all posts





Khai Loon (gambar kecil) pengsan di pejabatnya pada Ahad. - Foto Facebook Lee Khai Loon

kredit - sinar harian.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.074023 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list