Aku bulan 9 ni dijangkakan akan ke luar negara bersama isteri dan 1 orang anak berumur 2 tahun 5 bulan.
Aku dah ada stroller sekarang ni, tapi bapak besar giler, nak bawa cabin flight konfem lah tak lepas. Nak letak dalam cargo pula, risau sampai-sampai detinasi patah. dah lah beribu aku beli tu, sayang pula kalau patah.
Baru-baru ni aku terjumpa 1 iklan dekat facebook mengenai stroller jenama terbaru dari Malaysia ni iaitu dari Movon. Aku berkenan dengan 1 stroller ni dari Movon iaitu TravelMate.
Nampak kualiti menyakinkan dan harga pun boleh tahan RM2500. Tapi ada bayaran ansuran bulanan serendah RM70 je. Aku rasa macam boleh beli je, tak perlu nak kumpul duit lain, dan duit sedia ada boleh pakai nanti masa melancong. haha
Apa pendapat korang pasal stroller Movon TravelMate ni ada pernah beli ke? atau ada cadangan lain lebih berbaloi untuk aku beli sekarang. Pengalaman korang pulak macam mana pergi melancong dengan anak?
btw, aku start berkenan pasal stroller pasal Emma maaembong review hari tu
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register