CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2168|Reply: 0

[Pulau Pinang] 3 kementerian cari kaedah tarik pelajar minat Sains, Matematik

[Copy link]
Post time 6-8-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode
3 kementerian cari kaedah tarik pelajar minat Sains, Matematik


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP




Georgetown: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bekerjasama dengan dua kementerian bagi mencari kaedah meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, kerjasama itu membabitkan kementeriannya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Katanya, ketika ini sudah ada satu jawatankuasa bersama bagi mencari penyelesaian minat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

"Kita sudah tubuhkan jawatankuasa di peringkat kerja dan selepas ini akan ada jawatankuasa peringkat menteri dan kita yakin dapat menyelesaikannya.

"Paling penting ialah program dan inisiatif ini berjalan baik dan mencapai matlamat," katanya ketika ditemui di Astaka Padang Tembak di sini, hari ini bersama Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bunga Lee Boon Heng dari Pakatan Harapan (PH).

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KPM serta MOSTI perlu mencari pendekatan baharu bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

Ia susulan kajian terbaharu oleh KPM yang mendapati minat pelajar terhadap kedua-dua mata pelajaran itu menurun.



Disiarkan pada: Ogos 6, 2023 @ 10:28am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.046324 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list