View: 1233|Reply: 0
|
Pemain Man United sedia beri Greenwood peluang kedua
[Copy link]
|
|
Mason Greenwood tidak bermain untuk Manchester United sejak 18 bulan lalu. - Foto AFP
MANCHESTER: Rakan sepasukan Mason Greenwood sedia mengalu-alukan kepulangan pemain itu ke skuad Manchester United.
Pengurusan Red Devils memulakan siasatan dalaman sejak enam bulan lalu selepas Crown Prosecution Service (CPS) menggugurkan dakwaan serangan seksual pemain itu pada awal Februari.
Greenwood digantung oleh kelab sejak 18 bulan lalu selepas ditangkap pada Januari 2022. Dia tidak dibenarkan bermain untuk United atau berlatih bersama rakan sepasukan di Carrington.
Kini media British melaporkan, rakan sepasukan sedia menyokong kepulangannya: "Semua pemain percaya dia berhak diberikan peluang kedua kerana didapati tidak bersalah di mata undang-undang.
Disyorkan Untuk Anda
Greenwood label karier Ronaldo sudah terkubur
Greenwood 'lega' kes digugurkan
Penyerang Man United, Greenwood kembali berlatih
United 'pening' Greenwood bebas tuduhan rogol
Tiada jersi Greenwood bagi musim baharu EPL
Delegasi Qatar lawat United
Solskjaer mungkin kembali ke Old Trafford
United kukuhkan cengkaman di kelompok atas
"Dia tidak mempunyai peluang untuk membersihkan namanya di mahkamah kerana dakwaan digugurkan, jadi pemain-pemain rasa kedudukannya tergantung.
"Mereka sedar ia akan menjadi sukar tetapi mereka sedia membantu dia mengharunginya, dan melindunginya."
Sumber kelab turut memberitahu media yang masih ramai pemain yang setia dengan Greenwood kerana mula bersamanya sejak daripada skuad remaja United.
Masih belum jelas masa depan Greenwood di Old Trafford, tetapi keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.
United sedar mereka perlu menyelesaikan perkara itu secepat mungkin sebelum musim baharu bermula.
Kelab Inggeris itu mempunyai beberapa pilihan - menamatkan kontraknya, menyenaraikannya kembali ke dalam skuad atau melepaskannya kepada kelab lain secara tetap mahupun pinjaman pada musim panas ini.
Kontrak Greenwood di Old Trafford hanya akan tamat pada tahun 2025, dengan pilihan lanjutan setahun lagi. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... nwood-peluang-kedua |
|
|
|
|
|
|
| |
|