CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2117|Reply: 2

[Pulau Pinang] Bilal suara 'emas' gemar minum air limau suam sebelum azan

[Copy link]
Post time 5-8-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Bilal suara 'emas' gemar minum air limau suam sebelum azan


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Abdul Sukor Maidin ketika ditemui di Masjid Jamek Haji Wahab (Simpang Enam), Jalan Macalister, di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: "Hang (kamu) azan dah (sudah) sedap elok, nanti jagalah masjid ini baik-baik."

Itu pesanan keramat dilafazkan mantan imam Masjid Jamek Haji Wahab (Simpang Enam), Jalan Macalister, yang masih terngiang-ngiang di telinga Abdul Sukor Maidin, 81, meskipun sudah 42 tahun berlalu.

Kelunakan suara Abdul Sukor melaungkan azan menyebabkan bekas tentera yang berasal dari Kuala Kedah itu cukup dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai bilal paling lama berkhidmat di Pulau Pinang.

Abdul Sukor berkata, dia mula memegang amanah melaungkan azan di masjid berkenaan sejak tahun 1979 selepas diminta berbuat demikian oleh mantan imam dan bilal masjid berkenaan yang dikenali sebagai Haji Ariffin dan Haji Man.

Peniaga kedai makan itu berkata, pada mulanya dia hanya diberi peluang melaungkan azan namun kedua-dua mantan berkenaan mendakwa suaranya mempunyai kelunakan dan keunikan tersendiri.

"Kemudian saya menerima tanggungjawab menjadi bilal secara kekal pada tahun 1981 oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) dan pesanan kedua-dua mantan saya 'pegang' sehingga kini.

"Banyak kenangan manis sepanjang berkhidmat dan memandangkan masjid ini terletak di tengah bandaraya, pelancong dari dalam dan luar negara serta orang kenamaan turut bersolat di sini," katanya ketika ditemui, semalam.

Terdahulu, video Abdul Sukor melaungkan azan di masjid itu tular di media sosial susulan kelunakan lantunan suaranya selain masih bertenaga meskipun sudah lanjut usia.

Abdul Sukor berkata dia seringkali menerima sapaan lucu daripada jemaah luar yang menyangka laungan azan itu dilantunkan oleh 'orang muda'.

"Seringkali ada individu masuk ke ruang solat dan mahu berjumpa dengan bilal yang laungkan azan. Apabila saya katakan itu suara saya, mereka terkejut dan menyangka ia dilaungkan orang muda.

"Suara ini anugerah Allah, saya tidak ada amalan khusus menjaganya cuma gemar minum air limau suam sebelum laungkan azan," kata bapa kepada tiga anak dan 12 cucu itu lagi.

Rutinnya setiap hari Abdul Sukor melaungkan azan subuh di masjid sebelum ke kedai makannya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan kembali berada di masjid sekitar waktu zohor dengan berjalan kaki kira-kira 300 meter.

Biarpun usia hampir menjengah separuh abad, Abdul Sukor yang juga peniaga kedai makan berkata, dia tidak mempunyai sebarang penyakit selain mengelak makan makanan berkuah serta hanya makan nasi bersama sayur dan ikan.

"Sejak dahulu saya amalkan berpuasa selama tiga bulan pada Rejab, Syaaban dan Ramadan manakala selepas waktu Subuh, saya lakukan senaman ringan sama seperti ketika berkhidmat dalam tentera selain mengisi masa terluang dengan berzikir.

"Pada masa depan, saya harap lebih ramai pelapis yang boleh melaungkan azan dengan baik serta mengimarahkan lagi masjid ini," katanya.

Sementara itu anak kedua Abdul Sukor, Mariam, 42, berkata, bapanya yang tinggal bersama ibu, Aliza Mohamed, 72, di Bandar Baru Farlim, masih kuat melakukan 'kerja kampung' termasuk memanjat pokok kelapa dan mengupas buah berkenaan.

"Dua anak saya dilihat mengikut jejak datuknya apabila beberapa kali memenangi pertandingan pencarian bakat cilik azan.

"Semoga kisah bapa saya menjadi inspirasi khususnya kepada golongan muda," katanya ketika dihubungi.




Disiarkan pada: Ogos 5, 2023 @ 9:34am










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2023 12:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2023 12:21 PM | Show all posts




Abdul Sukor Maidin, 81, sudah 42 tahun melaungkan azan di Masjid Jamek Haji Wahab (Simpang Enam), Jalan Macalister, Georgetown. - NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054030 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list