CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 0

Owen ramal Man City kekal gelaran liga

[Copy link]
Post time 5-8-2023 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Owen ramal Man City kekal gelaran liga


Bekas penyerang England, Michael Owen yakin Manchester City akan mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini. - Foto AGENSI

LONDON: Michael Owen yakin Manchester City akan menamatkan saingan di depan Arsenal, Liverpool dan Manchester United untuk mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bekas penyerang England itu membuat ramalan menjelang musim baharu yang bermula Jumaat depan apabila Burnley menerima kunjungan City kendalian Pep Guardiola di Turf Moor.

Owen, yang meraih gelaran Liga Perdana Inggeris tunggalnya bersama Manchester United pada tahun 2011, turut menjangkakan Burnley kendalian Vincent Kompany akan kekal dalam Liga Perdana Inggeris dengan menduduki tangga ke-16.

Dua lagi kelab yang kembali ke Liga Perdana Inggeris, Luton Town dan Sheffield United, akan tercicir semula ke Liga Kejuaraan - menurut bekas pemain berusia 46 tahun itu.

Pemenang dua kali Kasut Emas itu meletakkan Wolves sebagai pasukan ketiga dalam zon penyingkiran, dan meramalkan Chelsea akan memperbaiki kedudukan mereka tetapi tidak cukup untuk mengisi kelompok empat teratas.

City mengumpul 89 mata musim lalu untuk mengesahkan gelaran liga ketiga berturut-turut dan yang kelima dalam enam musim.

Arsenal kendalian Mikel Arteta ketinggalan lima mata di belakang dan Owen menjangkakan nasib sama bakal menimpa The Gunners musim ini.

Owen pernah menyarung jersi Liverpool selama lapan tahun dan dia yakin skuad kendalian Jurgen Klopp akan bangkit daripada kedudukan kelima musim lalu.

Dia memilih Manchester United di tangga terakhir kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, mengatasi Chelsea kendalian Mauricio Pochettino, Aston Villa dan Newcastle.

Ramalan Liga Perdana 2023-24 Michael Owen

1. Manchester City

2. Arsenal

3. Liverpool

4. Manchester United

5. Chelsea

6. Aston Villa

7. Newcastle United

8. Brighton

9. Tottenham Hotspur

10. Brentford

11. West Ham United

12. Everton

13. Nottingham Forest

14. Fulham

15. Crystal Palace

16. Burnley

17. Bournemouth

18. Wolverhampton Wanderers

19. Sheffield United

20. Luton Town

SumbeR:https://www.bharian.com.my/sukan ... -kekal-gelaran-liga

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.262409 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list