CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2069|Reply: 0

[Johor] 5 rumah di Flat TUTA terbakar

[Copy link]
Post time 5-8-2023 09:04 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Lima deretan rumah di tingkat empat, Blok 66, Flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rusydi Nordin berkata, dalam kejadian itu penghuni semua rumah yang terbabit sempat menyelamatkan diri.


Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.55 pagi.

"Seramai 20 anggota dari BBP Skudai dan BBP Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).



"Kebakaran membabitkan lima buah rumah di flat empat tingkat itu yang mana sebuah rumah terbakar hampir 90 peratus, sebuah lagi 60 peratus, dua rumah terbakar 50 peratus, manakala sebuah lagi rosak akibat 'water damage'.

"Tiada mangsa cedera atau berlaku kemalangan jiwa dalam kejadian ini," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, operasi kemudian ditamatkan pada jam 5.26 pagi.


Disiarkan pada: Ogos 4, 2023 @ 10:58am


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.062593 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list