CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2066|Reply: 0

[Johor] Premis proses SPO disyaki punca pencemaran

[Copy link]
Post time 3-8-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode

Johor Bahru: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenal pasti sebuah premis yang menjalankan aktiviti menyimpan dan memproses sludge palm oil (SPO) berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram dan Sekolah Agama Sungai Tiram, yang disyaki mungkin menjadi punca pencemaran sisa kimia di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, kelmarin.

Ketua Pengarah JAS, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, berkata JAS telah menjalankan siasatan ke lokasi kejadian dan mengenal pasti premis itu.

Namun katanya, ketika siasatan dijalankan, premis tidak menjalankan aktiviti pemanasan SPO.

"Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MBPG) telah mengeluarkan Notis Menghenti Operasi bermula 1 Ogos kepada premis berikutan premis itu beroperasi tanpa lesen dari MBPG dan MPOB .

"JAS menjalankan pengawasan kualiti udara bersama Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan mendapati kualiti udara di kawasan berkenaan berada kini berada pada paras baik.

"JAS juga menjalankan pemantauan berkala menggunakan dron di sekitar lokasi aduan dan mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan dan tiada tapak pelupusan haram dikesan.

"Pemantauan di SK Sungai Tiram dan Sekolah Agama Sungai Tiram yang juga telah dijalankan oleh pihak JAS, BOMBA dan MBPG juga mendapati tiada sebarang bau busuk dikesan di sekitar kawasan sekolah selepas insiden kelmarin," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, seramai 24 pelajar, dua guru dan dua petugas kantin Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, di Ulu Tiram, di sini, dilaporkan mengalami simptom pening dan muntah berikutan pencemaran sisa kimia, dipercayai dibuang di sungai berhampiran, petang semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II Mohd Salleh Mohamed, berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya serta sebuah jentera HAZMAT dari BBP Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai 17 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

JAS yang dilaporkan membuat penilaian di lokasi iaitu di kawasan sebuah kilang dengan menggunakan gasmet GT5000, mendapati terdapat peningkatan bacaan 'methyl mercaptan' di kawasan itu.

HAZMAT dan JAS mendapati berlaku aktiviti pembakaran tangki 'ibc' yang mengandungi bahan

buangan dalam bentuk pepejal (sludge) dan cecair serta pelupusan bahan pepejal (sludge) dan sisa cecair ke di laluan tali air ke sungai berhampiran, menyebabkan pencemaran sisa kimia di situ.

Dalam pada itu, Wan Abdul Latiff berkata, pemantauan kualiti air Sungai Tiram turut dijalankan oleh JAS bersama MBPG dengan bacaan menunjukkan tahap kualiti air adalah normal.

"Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti punca-punca yang berpotensi menyebabkan pencemaran bau di kawasan tersebut termasuk daripada premis yang menjalankan aktiviti menyimpan dan memproses sludge palm oil (SPO) berdekatan dengan dua sekolah berkenaan.

"Tindakan tegas di bawah Akta

Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS,1974) akan dikenakan ke atas premis yang melakukan pencemaran.

JAS menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800- 88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ki-punca-pencemaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 1.009855 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list