View: 2008|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Pegang belakang bahu wanita, warga Somalia didenda
[Copy link]
|
|
Seremban: Penuntut doktor falsafah warga Somalia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memegang belakang bahu wanita di dalam lif.
Hukuman dijatuhkan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas tertuduh, Yasin Abdi Alasow, 48, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.
Yasin dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan cara memegang belakang bahu kiri seorang wanita berusia 29 tahun dengan niat mendatangkan marah di dalam lif apartmen di Nilai, pada 7.05 petang, 31 Julai lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rga-somalia-didenda |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|