CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1174|Reply: 0

[Johor] Remaja dipenjara selepas gagal bayar ikat jamin

[Copy link]
Post time 3-8-2023 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Muar: Remaja berusia 17 tahun terpaksa meringkuk dalam penjara Sungai Udang, Melaka selepas gagal membayar ikat jamin yang diperintahkan Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang kenalan di sebuah rumah dalam daerah ini, tahun lalu.

Tertuduh bersama rakannya berusia 18 tahun masing-masing didakwa atas satu pertuduhan merogol namun mereka mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh.

Sebaik pengakuan tidak bersalah dibuat kedua-dua tertuduh, mahkamah kemudian memerintahkan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun hanya rakannya membayar ikat jamin.

Mahkamah juga memerintahkan supaya rakannya melapor diri di balai polis berdekatan serta tidak mengganggu atau menghubungi mangsa dan keluarganya.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh ketika itu berusia 16 tahun 17 tahun, didakwa merogol kenalannya berusia 12 tahun, September tahun lalu.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Siti Rohayu Salleh manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 September depan sebutan kes, serahan dokumen serta laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... al-bayar-ikat-jamin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 1.404820 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list