CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1929|Reply: 0

[Johor] Keranda, jenazah terkeluar akibat hakisan kubur

[Copy link]
Post time 2-8-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan beberapa kubur tergelongsor selepas hakisan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Baru, Bukit Naning. FOTO Alias Abd Rani

Muar: "Jenazah emak dikebumikan 15 tahun lalu perlu digali semula untuk dipindahkan kerana hakisan tanah," kata kata Mohd Amin Samian, 43.

Mohd Amin antara empat waris yang bersetuju untuk memindah kubur susulan hakisan tanah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Baru, Bukit Naning, di sini sebulan lalu.

Hakisan disebabkan hujan lebat serta kerja pembersihan parit menyebabkan tiga daripada kubur terbabit terjatuh hingga keranda terkeluar malah ada yang menampakkan kain kafan.

Menurut Mohd Amin, ada empat kubur yang terjejas termasuk pusara arwah ibunya Sariah@Seringati Omar dan tiga daripadanya terjejas teruk.

"Kawasan perkuburan ini di atas tanah gambut manakala bawahnya tanah liat. Jadi percampuran kedua-dua tanah tidak berlaku menyebabkan berlaku hakisan.

"Sebelum ini, pernah berlaku hakisan dekat kawasan itu tapi tidak membabitkan tanah perkuburan ini. Kalau tidak bina tembok saya rasa banyak lagi kubur akan terjejas," katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Parit Baru, Rosli Abu berkata, ada beberapa lagi kubur yang berdekatan bakal terjejas jika tidak dipindahkan.

Katanya, ketika ini hanya empat waris yang berjaya ditemui dan mereka sudah menyatakan persetujuan untuk memindahkannya.

"Cuma beberapa waris lagi gagal dikesan jadi membantutkan usaha kami menemui mereka untuk mendapat persetujuan.

"Perbincangan sudah diadakan antara penghulu, ketua kampung, wakil rakyat serta waris. Kita berbincang mengenai kos pemindahan. Urusan mengalihkan jenazah yang terjatuh juga akan diuruskan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ).

"Ada satu jenazah tinggal kapas sahaja, jadi perkara ini akan diuruskan MAINJ. Urusan ini memerlukan permohonan daripada Majlis Fatwa Negeri dan juga Pejabat Kadi," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad Tukirin berkata, usaha memindahkan perlu dilakukan kerana akan bertambah serius jika musim hujan.

Katanya, aliran di parit itu deras boleh menjejaskan struktur kubur berhampiran dan dibimbangi akan menjadi bertambah buruk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kibat-hakisan-kubur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.087639 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list