CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31088|Reply: 95

Kisah Bonda Sultan Perak Persis Cerita Dongeng Cinderella, Dari Guru Jadi Permaisuri Agong

[Copy link]
Post time 1-8-2023 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali persis cerita dongeng Cinderella yang berketurunan biasa dan dilamar Putera Raja serta diangkat menjadi seorang permaisuri.


Raja Permaisuri Agong ke-9 dan Raja Permaisuri Perak ke-34 itu dilahirkan pada 7 November 1937 di Pulau Pinang serta mempunyai tujuh adik-beradik.


Baginda dikatakan puteri kesayang ayahanda dan ibundanya iaitu Mohd Ali bin Man dan Che Putih.




Murai




Mendapat pendidikan awal di sekolah perempuan George’s Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran di Kirby Liverpool, Britain dalam bidang perguruan pada tahun 1952 hingga 1954, baginda mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana ketika itu, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu membiayai dan menghantar sekumpulan pelajar yang berminat untuk menjadi pendidik ke sana.


Mereka dilatih untuk menjadi guru berwibawa yang sanggup berhkidmat demi bangsa dan negara agar dapat memajukan negara dengan pendidikan.


Baginda juga berasal dari keluarga yang sangat berdisiplin tinggi yang membuatkannya disenangi ramai ketika belajar di England. Tambahan pula, baginda merupakan seorang pelajar yang juga aktif di dalam bidang sukan selain cemerlang dan sangat aktif dalam persatuan pelajar.


Sewaktu ketibaan rombongan pelajar di lapangan terbang Heathrow, London pada tahun 1952, mereka disambut sekumpulan pelajar Tanah Melayu yang belajar di sana, di mana salah seorangnya ialah Putera Raja dari Negeri Perak iaitu Yang Amat Mulia Raja Azlan Shah Ibni Sultan Yussuf Izzuddin.


Raja Azlan Shah merupakan Putera bongsu Sultan Perak yang ketika itu sedang belajar di Universiti Nottingham.


Di situlah baginda berdua menemui cinta pandang pertama sebelum mendirikan mahligai indah pada 1955 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu dua Putera dan tiga Puteri.




Orang Perak




Tuanku Siti Bainun menjadi guru selama 22 Tahun serta menjadi pengajar cemerlang di beberapa sekolah di Kuala Lumpur, Raub, Seremban, Kuantan dan Taiping. Tuanku Siti Bainun dianugerahkan “A Fellow of Liverpool John Moores University” sebagai tanda penghormatan atas menghargai jasa dan sumbangan baginda kepada masyarakat dalam bidang pendidikan.


Pada 1979, baginda bersara dan jawatan terakhirnya sepanjang menjadi pengajar adalah Penolong Kanan Sekolah Seri Ampang. Ketika itu baginda hanya menjadi isteri kepada Hakim Besar Malaya Tan Sri Raja Azlan Shah.


Pada 1984, Sultan Perak Sultan Idris Shah II mangkat dan DYTM Raja Azlan Shah dilantik sebagai Sultan Perak Ke-34. Maka ketika itu, baginda menjadi Raja Permaisuri Perak yang disanjungi ramai.


Pada tahun 1989, DYMM Paduka Seri SUltan Perak ditabalkan menjadi Agong yang ke-9.


Dari seorang rakyat biasa diangkat menjadi permaisuri disanjung ramai, baginda dikenali di dalam dan luar negara serta semua institusi pendidikan mahupun kesihatan dinamakan sempenanya. Ia merupakan perkara yang paling bermakna dalam hidupnya.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jihyomelly at 1-8-2023 07:25 PM

masa sambutan ke 100thn (mid 90’s) tuanku bainun dtg utk perasmian..sgt cantik!!! buku2 kat library byk tuanku sponsor…kalau x silap anakanda yg no brapa not sure ada ikut..manis & sgt tertib.,
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
lawanya baginda masa muda tu. i sebenarnya masih tak paham sistem penggiliran diraja negeri perak ni, dia lain sikit kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik sgt gambar kat atas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:37 PM | Show all posts
cantiknya baginda masa muda
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 07:35 AM | Show all posts
hanihan16 replied at 1-8-2023 11:32 AM
lawanya baginda masa muda tu. i sebenarnya masih tak paham sistem penggiliran diraja negeri perak ni ...

complicated sikit je, tapi basically turun pada direct descendant jua, cuma penggilirannya kena ikut hirarki. Macam naik pangkat gitu. Dari pangkat Raja Kecil Bongsu, sampai la ke takhta Sultan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2023 08:22 AM | Show all posts
Pakej beauty with brain..
Beradab semua ada.. Dari raut wajah pun nampak sopan dan ayu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 09:03 AM | Show all posts
i think permaisuri generation lalu lebih elegant dan classy dari permaisuri yang ada sekarang ni. Tunku Bainun cantik, bijak, elegant. ada class. bila pergi majlis rasmi tak gedik pegang tangan kononya loving sangat tapi suami ada banyak bini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 09:12 AM | Show all posts
Kenape sultan azlan shah pilih rakyat biasa, sebab bonda Sultan azlan shah pun rakyat  biasa. janda anak 1 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 10:30 AM | Show all posts
lawanya queen masa muda..ada rupa kokosen sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 10:31 AM | Show all posts
Themilo replied at 2-8-2023 07:35 AM
complicated sikit je, tapi basically turun pada direct descendant jua, cuma penggilirannya kena ik ...

teringat si aman graseka kalau x da kaya kalau apak dia jadi sultan perak kan..x padan dia tu sepupu sultan perak now tapi bini nk bersalin swasta minta crowdfund

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 11:20 AM | Show all posts
Cantik betul masa muda, dah tua ni pun masih kekal manis
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 11:44 AM | Show all posts
Perak kerabatz yg pentingkan education. Anak2 & cucu2 pon pandai2 belaka. Takde la jenis mengekor ke sana ke sini takde tujuan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 12:55 PM | Show all posts
beautifulorchid replied at 2-8-2023 01:12 AM
Kenape sultan azlan shah pilih rakyat biasa, sebab bonda Sultan azlan shah pun rakyat  biasa. janda  ...

Maaf kalau tak silap Toh Puan Hatijah masa kawen dengan Sultan Yussuf tu baru 19 tahun, belum kawen. Tapi lepas bonda dan ayahandanya bercerai, baru bondanya berkahwin lagi dan Sultan Azlan duduk dengan bondanya di Batu Gajah macam rakyat biasa. Sultan Azlan ni anak no 2, tapi abangnya tolak dari jadi waris takhta, so Sultan Azlan yg naik.

Dulu masa kecik, selalu pagi raya nampak kereta Sultan Azlan lalu depan rumah nenek sedara otw pergi ziarah kubur bondanya di Batu Gajah. Beratur la kami busybody nak tengok Sultan lalu ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 2-8-2023 07:35 AM
complicated sikit je, tapi basically turun pada direct descendant jua, cuma penggilirannya kena ik ...

I pun tk faham tengok penggiliran perak ni. Selepas sultan nazrin sape next in line? Raja muda dh tua mcm tu. Tkkan la naik. Anak sultan ke anak sedara dia?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 02:49 PM | Show all posts
Mamiyan replied at 2-8-2023 06:40 AM
I pun tk faham tengok penggiliran perak ni. Selepas sultan nazrin sape next in line? Raja muda dh  ...

uols basically boleh refer pada chart ni

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Perak#:~:text=Kesultanan%20Perak%20ialah%20salah%20satu,di%20sana%20dalam%20tahun%201528.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 03:23 PM | Show all posts
bynroslan replied at 2-8-2023 12:55 PM
Maaf kalau tak silap Toh Puan Hatijah masa kawen dengan Sultan Yussuf tu baru 19 tahun, belum kawe ...

Abang dia rakyat biasa lain bapak dgn sultan Azlan shah..Bonda kepada Sultan Azlan shah Rakyat bisa, janda anak 1.
Abang Sultan azlan tak layak pun jadi sulatan sebab bukan keturunan di raja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 05:28 PM | Show all posts
Kuat daulat Istana Bukit Chandan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 10:32 AM | Show all posts
Sultan nazrin sebelum kawen dengan zara, memang bujang ke? Kenapa lambat jugak kawen nye. Umur 50 tahun kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 12:55 PM | Show all posts
Themilo replied at 2-8-2023 07:35 AM
complicated sikit je, tapi basically turun pada direct descendant jua, cuma penggilirannya kena ik ...

Dengarnya almarhum Sultan Azlan dah cantas hirarki ni
Sepatutnya bukan Sultan Nazrin yg naik jadi Sultan Perak
Tapi Almarhum dah ikut macam negeri2 lain, turun ke waris ie anak lelaki
Negeri2 yg ada Sultan ni rasanya cuma Perak & N9 je yang tak turun ke waris
Tunggu lepas Sultan Nazrin turun takhta, siapa ganti dia
Kalau anakanda baginda, sah lah sistem hirarki tu dah dihapuskan
Siapa Tengku Mahkota Perak sekarang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.061746 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list