CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1596|Reply: 0

[Kedah] 'Qaish kurang sihat, tiada selera, emosi tidak menentu' - Ayah

[Copy link]
Post time 30-7-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode
'Qaish kurang sihat, tiada selera, emosi tidak menentu' - Ayah


Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]



Keadaan terkini Muhammad Qais yang melawan leukemia ALL sejak 2019 dan sepanjang empat tahun berjuang, rezeki tidak memihak kepada kanak-kanak lelaki itu apabila disahkan berstatus paliatif. FOTO IHSAN AHMAD MOHD ZIN.




Baling: "Sejak akhir-akhir ini keadaan Qaish kurang sihat, tiada selera makan dan emosi juga tidak menentu," kata Ahmad Mohd Zin, bapa kepada Muhammad Qaish yang menghidap leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia).

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mesra disapa Qaish itu sebelum ini dilaporkan jangka hayatnya berbaki lima bulan selepas dimaklumkan doktor pada 17 Mei lalu.

Ahmad, 42, berkata, sebagai bapa dia masih mengharapkan ada keajaiban untuk anak sulung daripada empat beradik itu kembali sihat dan menjalani kehidupan dengan baik seperti kanak-kanak seusia ketika ini.

"Keadaan Qaish buat masa ini tak berapa sihat dan emosi juga tidak menentu, dia jadi cepat marah, malah sejak akhir ini Qaish sangat kurang selera makan dan ada muntah juga.

"Ada masanya Qaish tidak berdaya berjalan dan kami akan guna kerusi roda. Dia juga masih pergi ke hospital di Pulau Pinang untuk pemeriksaan darah setiap bulan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, sebagai bapa dia tidak menafikan bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya itu, namun mengakui tidak pernah berhenti berharap supaya Qaish kembali pulih dan sembuh daripada penyakitnya itu.

"Kami sekeluarga masih berharap dan tidak berputus asa untuk terus berjuang demi Qaish. Semoga kita terus berdoa ada sinar dan keajaiban berlaku untuk Qaish sembuh," katanya.

Terdahulu Harian Metro menyiarkan kisah Qaish yang melawan leukemia ALL sejak 2019 dan sepanjang empat tahun berjuang, rezeki tidak memihak kepada kanak-kanak lelaki itu apabila disahkan berstatus paliatif.

Lebih mendukakan hati keluarga apabila hayat hidup Qaish dijangka berbaki lima bulan saja, namun kanak-kanak itu dan keluarganya menerima suratan takdir dengan reda tetapi mengharapkan keajaiban kembali pulih.



Disiarkan pada: Julai 30, 2023 @ 3:42pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050499 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list