Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, Mimi berkata impiannya untuk mengunjungi Menara Berkembar Petronas (KLCC) akhirnya tercapai.
Justeru itu, dia mengucapkan terima kasih kepada Fizz kerana memberikan peluang ini sekaligus dapat merealisasikan impiannya itu.
Ditanya apakah yang membuatkan dirinya bersetuju untuk berlakon dalam filem berkenaan, Mimi memberitahu dia terbuka untuk menimba pengalaman baru lebih-lebih lagi dapat bekerjasama bersama pelakon Malaysia.
Malah, dia terkejut dengan penerimaan peminat di negara ini yang memberikan layanan cukup baik.
"Saya menerima tawaran ini kerana mahu menimba pengalaman baharu dan dapat bergandingan bersama pelakon-pelakon di Malaysia.
"Saya senang sekali apabila ramai juga peminat di sini yang mahu mengambil gambar bersama saya... sejujurnya saya tidak pernah ke mana-mana selain di kampung sendiri," katanya.
Sumber: mStar