CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1511|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Jumpa dinosaur berpeluang bawa pulang hadiah TV'

[Copy link]
Post time 29-7-2023 01:22 PM | Show all posts |Read mode
'Jumpa dinosaur berpeluang bawa pulang hadiah TV'


Oleh Wartawan BH - Julai 29, 2023 @ 12:54pm  [email protected]




Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi terowong dinosaur atau Dinoland di reruai The News Straits Times Press (NSTP) (M) Bhd sempena Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Batu Kawan di sini. NSTP/L. MANIMARAN




BATU KAWAN: Reruai Dinoland kendalian The New Straits Times Press Berhad (NSTP) di Karnival Jom Heboh (KJH) di sini, menjadi antara tumpuan pengunjung.

Seperti KJH di Shah Alam, Selangor bulan lalu, pengunjung di Pulau Pinang tidak melepaskan peluang mengunjungi reruai NSTP yang turut menampilkan dinosaur robotik.

Dengan pembelian tiket berharga RM20, pengunjung berpeluang mendapat pengalaman mendekati dan bergambar dengan koleksi dinosaur.

Tiket RM20 bagi satu keluarga tanpa mengira bilangan, diberikan satu naskhah akhbar daripada Kumpulan NSTP iaitu NST, Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM) serta minuman botol dan sachet teh uncang secara percuma sumbangan penaja.

Pengunjung yang membuat pembelian tiket masuk ke Dinoland juga layak untuk sesi cabutan bertuah.

Cabutan bertuah adalah pada hari ini dan esok membabitkan hadiah barangan elektrik serta perkakas dapur.

Cabutan bertuah untuk hadiah utama akan diadakan esok.

Mereka yang membeli tiket dan memasukkan dalam kotak di reruai NSTP berpeluang memenangi 21 hadiah utama termasuk televisyen.

Nama pemenang hadiah utama akan disiarkan di akhbar BH, NST dan HM pada edisi Selasa.



Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Batu Kawan. - NSTP/Danial Saad



Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Khaw Kok Chin (dua kiri) pada Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Batu Kawan. NSTP/L Manimaran



Pengurus Besar Jabatan Pengedaran dan Jualan The News Straits Times Press (NSTP) (M) Bhd, Prakash D Munusamy (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (dua kiri) memberi akhbar kepada pengunjung yang mengunjungi terowong dinosaur atau Dino Land di reruai NSTP sempena Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Batu Kawan. NSTP/L Manimaran

Antara penaja utama bagi Kumpulan NSTP pada siri KJH di Pulau Pinang ialah Nestle, Julies, Mr Bentong, Himalaya dan Enrico's.

Orang ramai khususnya ibu bapa di negeri ini yang ingin membawa anak-anak mereka merasai pengalaman melihat dinosaur boleh datang ke karnival mulai jam 9 pagi hingga 10 malam.

Selain NSTP, pengunjung boleh mengunjungi reruai Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Buletin FM, OH BULAN dan VOCKET seawal jam 9 pagi.

Pengunjung juga boleh bertemu dan bergambar dengan artis dan selebriti kegemaran yang dibawakan khas untuk karnival ini.



Mohd Hafizal Mohd Reza, 38, (kanan) bersama keluarganya tidak melepaskan peluang mengunjungi terowong dinosaur atau Dino Land di reruai The News Straits Times Press (NSTP) (M) Bhd sempena Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Batu Kawan. - NSTP/Danial Saad



Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi terowong dinosaur atau Dino Land di reruai The News Straits Times Press (NSTP) (M) Bhd sempena Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Batu Kawan. - NSTP/Danial Saad

sumber





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.051677 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list