CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1168|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Pencalonan sudah diterima' - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 29-7-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode
'Pencalonan sudah diterima' - Kon Yeow

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Julai 29, 2023 @ 10:38am  [email protected]




Calon PH bagi DUN Padang Kota, Chow Kon Yeow (tengah) di Pusat Penamaan Calon Dewan Sri Pinang selepas menyerahkan borang penamaan pada PRN Pulau Pinang. - Foto NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI




GEORGETOWN: "Semua ok, pencalonan sudah diterima,".

Demikian kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebaik menyerahkan kertas pencalonannya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota selaku calon Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, beliau tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sri Pinang, di sini, jam 8.20 pagi sebelum memasuki bilik penamaan calon sebaik pusat dibuka jam 9 pagi.

Beliau tiba bersama dua lagi calon PH, Teh Lai Heng dan Wong Yuee Harng, masing-masing bagi DUN Komtar dan Pengkalan Kota, diiringi kira-kira 100 penyokong.

Proses penyerahan borang pencalonan mengambil masa 15 minit.

"Semuanya ok, (pencalonan) sudah diterima," kata Kon Yeow ketika keluar dari bilik penyerahan borang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sayuti Bakar turut berada di pusat penamaan bagi memastikan proses berjalan lancar.

Calon Perikatan Nasional (PN), H'ng Khoon Leng hadir diiringi kira-kira 15 penyokongnya jam 9.05 pagi turut menyerahkan borang pencalonan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.246899 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list