View: 439|Reply: 0
|
[Kedah]
Warga emas 'hayun' pisau kena pegawai polis direman 6 hari
[Copy link]
|
|
Kulim: Lelaki warga emas berusia 82 tahun yang menyebabkan kecederaan terhadap pegawai polis di Taman Selasih, semalam direman enam hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata suspek direman sehingga 31 Julai ini untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam pasar raya.
Dalam kejadian semalam, seorang pegawai polis cedera di dada kiri selepas terkena pisau pemotong kertas yang dihayun suspek ketika hendak menahannya di hadapan sebuah rumah di lokasi kejadian pada jam 10.40 pagi.
Terdahulu, polis menerima panggilan daripada seorang pengadu berkaitan suspek yang dikatakan mencuri barangan di sebuah pasar raya menyebabkan polis mengekori lelaki itu yang menunggang motosikal.
Bagaimanapun, selepas mangsa memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, suspek mengeluarkan pisau dalam raga motosikalnya dan menghayun ke arah kiri dada mangsa hingga menyebabkan kecederaan dan seorang anggota polis turut cedera di kaki kiri ketika bergelut untuk menahan suspek.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... olis-direman-6-hari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|