CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga polis direman disyaki terima rasuah RM3,000

[Copy link]
Post time 25-7-2023 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Tiga polis direman disyaki terima rasuah RM3,000


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Julai 25, 2023 @ 11:00am  [email protected]




Tiga anggota polis ditahan reman tiga hari bermula hari ini disyaki menerima rasuah RM3,000. - Foto NSTP/Mikail Ong




GEORGETOWN: Tiga anggota polis direman tiga hari bagi membantu siasatan meminta rasuah RM3,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas seorang lelaki pada 20 Julai lalu.

Suspek yang berusia 20, 36 dan 38 tahun itu bertugas di sebuah balai di Bukit Mertajam dengan dua daripadanya berpangkat koperal, manakala seorang lagi konstabel.

Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kesemua suspek bermula hari ini.

Menurut sumber, suspek membuat pemeriksaan ke atas seorang individu di Jalan Berapit, Mengkuang, Bukit Mertajam kira-kira jam 7.15 malam pada 20 Julai lalu.

Katanya, suspek yang menaiki kereta peronda Honda Civic itu mendapati cukai jalan motosikal yang ditunggangi individu berkenaan sudah tamat tempoh selain lelaki berkenaan memiliki sebungkus air ketum serta beberapa kotak rokok tidak bercukai.

"Tiga suspek berkenaan menerima rasuah berjumlah RM3,000 daripada individu itu sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas kesalahan yang dilakukannya.

"Susulan itu, SPRM menahan ketiga-tiga anggota polis berkenaan pada jam 7.25 malam kelmarin ketika mereka hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.050913 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list