View: 159|Reply: 0
|
Silva setia bersama Fulham
[Copy link]
|
|
Silva setia bersama Fulham
SILVA memilih untuk kekal membimbing Fulham dan menolak tawaran Al-Ahli. FOTO AFP
New York: Pengurus Fulham, Marco Silva, berkata dia memberi sepenuh komitmen kepada kelab itu selepas menolak tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al-Ahli.
Laporan di Britain mendakwa, pengurus dari Portugal itu ditawarkan kontrak dua tahun bernilai £40 juta (RM234.44 juta) pada ketika kelab Liga Pro Saudi terus memancing individu terkenal dengan tawaran lumayan.
Bagaimanapun, bercakap sebelum perlawanan pramusim antara Fulham dan Brentford di Philadelphia, hari ini, Silva mengesahkan akan kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama kelab barat London itu.
"Komitmen saya untuk kelab ini adalah 100 peratus sejak hari pertama menandatangani kontrak dan ia akan terus begitu," kata Silva kepada NBC Sports.
"Saya membuat keputusan itu dan bercakap dengan ramai orang di kelab. Sama seperti musim lalu dan dua musim lalu, saya akan terus bersama kelab.
"Tawaran adalah sebahagian daripada bisnes dan terpulang kepada kita untuk fikirkan, sentiasa hormati kelab tempat anda bekerja. Ia apa yang saya sentiasa lakukan dalam karier dan akan terus melakukannya."
Silva, 46, menyertai Fulham pada 2021 dan membantu kelab itu dinaikkan ke EPL dari Liga Kejuaraan pada musim pertamanya, sebelum menduduki tempat ke-10 EPL, musim lalu.
Sebelum ini, Al-Ahli menandatangani Riyad Mahrez dari Manchester City; penyerang Liverpool, Roberto Firmino dan Edouard Mendy dari Chelsea.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... etia-bersama-fulham
|
|
|
|
|
|
|
| |
|