CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 1

[Pulau Pinang] Huru-hara kerana babi

[Copy link]
Post time 23-7-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Huru-hara kerana babi


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Babi jantan yang dipercayai tersesat dan masuk ke kedai serbaneka 24 jam di Jalan Dato Ismail Hashim, di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Bayan Lepas: Kedai serbaneka di Jalan Dato Ismail Hashim, di sini berubah huru-hara selepas babi jantan 'menceroboh' dan bertindak agresif, hingga mencederakan pekerja.

Kejadian kira-kira 6 petang semalam itu turut menyebabkan pelanggan berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Barat Daya Kapten (PA) Salman Rahimi Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 petang dan lima anggota bergegas ke lokasi.

"Ketika tiba, haiwan itu masih berkeliaran dalam premis, cedera dan dalam keadaan agresif," katanya.

Menurut Salman, pihaknya dengan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terpaksa menembak mati haiwan itu selepas tembakan pelali tidak berkesan.

Haiwan dianggar seberat 80 kilogram itu dipercayai tersesat dan muncul dari kawasan hutan berhampiran.



Disiarkan pada: Julai 23, 2023 @ 9:27am










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2023 12:11 PM | Show all posts




Babi hutan yang dipercayai tersesat masuk ke kedai serbaneka 24 jam di Jalan Dato Ismail Hashim, ditembak mati PERHILITAN selepas haiwan itu bertindak agresif.- Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.073020 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list