CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Mohon maaf atau terima surat saman' - Fadhlina

[Copy link]
Post time 22-7-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode
'Mohon maaf atau terima surat saman' - Fadhlina


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



FADHLINA Sidek melakukan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Program Kolej Vokasional (KV) Insani Masyarakat Madani Pulau Pinang di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Simpang Tiga, Sungai Acheh di sini. FOTO Danial Saad




Nibong Tebal: Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek menegaskan tidak akan berganjak dengan keputusannya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang memutar belit kenyataannya berhubung isu azan sehingga menjadi fitnah.

Fadhlina berkata, laporan polis sudah dibuat dan meminta semua pihak yang terbabit memohon maaf memandangkan perbuatan fitnah adalah dosa besar.

"Saya tidak akan berganjak dengan keputusan saya, minta maaf atau saya saman itu saja. Ada yang sudah minta maaf, ada yang belum.

"Jadi, yang belum ini kena minta maaf kerana perlu ingat fitnah dosanya besar daripada membunuh dan di musim pilihan raya ini, saya tak kompromi soal fitnah kerana ini adalah dasar, prinsip dan akhlak yang kita (kena) jaga.

"Saya minta semua tonton betul-betul saya punya video, kalau tak tonton jangan komen apa-apa sehingga menimbulkan fitnah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya berhubung isu azan yang diputar belit oleh sesetengah pihak hingga menjadi fitnah.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan ditemui ketika majlis pelancaran Program Kolej Vokasional (KV) Insani Masyarakat Madani Pulau Pinang di Kampung Sungai Acheh, di sini, hari ini.

Pada 12 Julai lalu, media melaporkan Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menggesa parti pembangkang supaya berhenti membawa isu azan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana banyak isu penting perlu dibincangkan seperti ekonomi dan pendidikan.



Disiarkan pada: Julai 22, 2023 @ 3:31pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.051364 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list