|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/anakrambut34_1689807615.jpg)
NUR Shafiqah pernah dihina kerana dahinya ditumbuhi anak rambut yang lebat.
Yan: "Lagi baik tak payah pakai tudung," begitulah antara kecaman pernah dilemparkan segelintir netizen terhadap Nur Shafiqah Mohd Sukri, 23, kerana dahinya ditumbuhi anak rambut yang lebat.
Ia selepas Nur Shafiqah memuat naik video dirinya di TikTok.
Hinaan itu bagaimanapun tidak pernah membuatkan Nur Shafiqah malu atau berasa rendah diri sebaliknya bersyukur dengan keunikan yang ada padanya.
Berkongsi perihal dirinya, Nur Shafiqah berkata, anak rambutnya lebat sejak lahir lagi dan tumbuh secara semula jadi.
Setakat ini, dia belum pernah terfikir untuk mencukur atau melakukan rawatan membuang bulu kerana tidak nampak kepentingannya.
"Jujurnya, saya selesa begini dan tak terfikir nak ubah apa pun pada wajah.
"Alhamdulillah, suami terima saya sejak awal perkenalan begitu juga keluarga mentua jadi tak timbul masalah.
"Sejak kecil, saya tidak dibawa berjumpa pakar jadi tak tahu apa sebabnya dan dalam enam beradik, hanya saya dan juga adik bongsu yang dilahirkan begini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Berikutan kelainan yang ada padanya, Nur Shafiqah mengakui sering dipandang sinis oleh segelintir masyarakat.
"Oleh kerana tak berasa apa-apa jadi saya yakin saja untuk keluar berjalan di khalayak ramai.
"Bagaimanapun, setiap kali ke sesuatu tempat, pasti ada segelintir yang pandang semacam.
"Mungkin mereka tak pernah tengok orang macam saya tapi saya sudah lali dengan pandangan sebegitu jadi tak rasa tersinggung atau kecil hati pun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... aya-tak-tersinggung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|