CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Johor] Ditahan kerana simbah cat merah

[Copy link]
Post time 18-7-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Antara barang yang dirampas bersama suspek berusia 19 tahun. FOTO IHSAN POLIS

Johor Bahru: Pemuda berusia 19 tahun ditahan selepas disyaki aktif menyimbah cat merah di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki tempatan itu ditahan di sebuah premis di Taman Ehsan Jaya di sini pada 2 pagi semalam.

Katanya, penahanan suspek susulan laporan diterima daripada lelaki berumur 48 tahun yang mendakwa pagar rumah dan dua keretanya disimbah cat di kawasan perumahan Taman Desa Jaya pada 10.30 pagi kelmarin.

"Ketika serbuan, remaja itu ditahan bersama barang rampasan iaitu motosikal, dua plat nombor pendaftaran kenderaan, dua tong bekas cat merah, sehelai baju, seluar, selipar dan bag berwarna hitam.

"Hasil tangkapan ini, polis menyelesaikan lima kes jenayah lain membabitkan kes simbah cat merah, manakala semakan ke atas suspek mendapati dia tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah," katanya dalam kenyataan.

Raub berkata, suspek direman tiga hari hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 427 kanun keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... na-simbah-cat-merah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.227331 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list