CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 3

[Politik] Che’gu Bard lapor polis terhadap PM

  [Copy link]
Post time 16-7-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

BADRUL Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

PETALING JAYA: Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kerana mendakwa menyalahgunakan kedudukan mereka berhubung isu pemilikan harta.

Dakwanya, Anwar dan Ahmad Farhan telah menggunakan kedudukan mereka untuk menekan polis mengambil tindakan terhadap dirinya akibat pendedahan dibuat berkaitan kemungkinan salah laku dan salah guna kuasa kepemmpinan kerajaan sekarang.

“Laporan dan pertanyaan saya adalah berniat murni supaya PM-10 (Anwar) dipegang kepada slogannya untuk banteras rasuah.

“Maka adalah perlu supaya pihak berkuasa menyiasat perkara sebenar di sebalik pemilikan rumah tersebut yang kononnya adalah pajakan panjang antara PM-10 dan pemilik Cina tersebut,” dakwanya.

Dia hadir membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 12 tengah hari ini.

Badrul Hisham berkata, pajakan panjang lazimnya dibuat pada premis atau hartanah perniagaan dan bukan rumah kediaman.

“Ini adalah untuk memastikan bahawa perisytiharan harta yang dibuat oleh PM-10 dan kepimpinan kerajaan sekarang telus dan benar dan bukan satu usaha untuk menyembunyikan harta secara proksi untuk mengelakkan rakyat mengetahui kekayaan mereka yang sebenar.

“Saya juga percaya bahawa perbuatan PM10 dan Ahmad Farhan menggunakan polis dan membuat laporan palsu untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan mulut saya bercanggah dengan undang-undang, kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan,” dakwanya.

Khamis lalu, Ahmad Farhan membuat laporan polis terhadap Che’gu Bard, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Raggie Jessy Rithaudeen.

Katanya, ini susulan ketiga-tiga individu berkenaan telah mengeluarkan dan menyebar beberapa kenyataan palsu dan bersifat memfitnah terhadap Anwar. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/chegu-bard-lapor-polis-terhadap-pm/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bkn kahwin ngan anak sedara Perdana Menteri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Firenzza at 16-7-2023 09:23 PM

Klau ikut tafsiran pajakan (lease) ni dia dh mcm hampir kpd kempunyaan.....cth pajakan 60 tahun 99 tahun yg mna pemajak hartanah ada right mcm tuan empunya ke atas property tersebut dia blh gadaikan property utk pinjaman dsb
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:26 PM | Show all posts
hahaha bodoh betul pemuja bangnon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065013 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list