CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

[Pahang] Pindah tanah merah secara tidak sah, jengkaut, lori dirampas

[Copy link]
Post time 16-7-2023 08:52 AM | Show all posts |Read mode

SEBUAH jengkaut dan lori dirampas kerana disyaki terbabit aktiviti pemindahan bahan batuani. FOTO / ihsan Fecabook Wan Rosdy Wan Ismail

Kuantan: Kerajaan Pahang melalui Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Zon Pahang Barat mengambil tindakan terhadap satu aktiviti pemindahan bahan batuan dipercayai tanah merah secara tidak sah di satu lot tanah di Kampung Bukit Pampong, Raub hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata berdasarkan maklumat yang diterima, pegawai penguat kuasa UPNP melihat aktiviti terbabit seterusnya melakukan intipan sebelum mendapati sebuah jengkaut sedang memunggah tanah dan mengisinya ke dalam sebuah lori tiga tan.

"Lori terbabit kemudiannya keluar dari kawasan tanah diambil dan menghala keluar jalan.

"Pegawai penguat kuasa kemudian menahan lori dan meminta pemandu menunjukkan sebarang dokumen atau permit kelulusan berkenaan kerja yang dilakukan tetapi gagal.

"Namun, seorang lelaki bertemu pegawai memaklumkan dia pemilik kawasan tanah dan mengaku kerja pemindahan bahan batuan itu adalah atas tanggungjawabnya.

"Pegawai meminta dokumen atau permit kelulusan berkenaan kerja yang dilakukan tetapi pemilik tanah terbabit gagal berbuat demikian," katanya dalam kenyataan malam ini.

Wan Rosdy berkata, susulan itu, pegawai penguat kuasa merampas sebuah jengkaut dan sebuah lori tiga tan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes itu, Wan Rosdy menasihati mana-mana pemilik tanah yang ingin melakukan pemindahan bahan batuan supaya mendapatkan maklumat dan nasihat terlebih dahulu daripada Pejabat Daerah dan Tanah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gkaut-lori-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048920 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list