CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kedah lemah urus kewangan negeri, dakwa Saifuddin Nasution

[Copy link]
Post time 15-7-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Kedah lemah urus kewangan negeri, dakwa Saifuddin Nasution


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Julai 15, 2023 @ 1:10pm  [email protected]




Saifuddin Nasution menjawab soalan media selepas hadir Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Asnaf Warga Polis Diraja Malaysia di Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, hari ini. NSTP/Mikail Ong




GEORGETOWN: Pimpinan kerajaan negeri Kedah didakwa menggunakan sebahagian peruntukan penyelenggaraan jalan bagi tujuan pembangunan negeri terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) sepatutnya hanya untuk penyelenggaraan jalan.

Beliau berkata, pimpinan kerajaan negeri Kedah didakwa lemah dalam pengurusan kewangan kerana sepatutnya mengikut perlembagaan, sebanyak RM1.6 bilion yang diperuntukkan menerusi MARRIS bagi Kedah hanya boleh digunakan untuk menyelenggara jalan raya di negeri berkenaan.

Namun, katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa menggunakan wang berkenaan bagi tujuan pembangunan lain.

"Tapi apa yang Menteri Besar Kedah buat? Dia guna wang itu bagi tujuan pembangunan yang menyalahi semua tata kelola kewangan kerajaan.

"Dia (Muhammad Sanusi) pemimpin parti Islam, sepatutnya tahu tata kelola yang betul malah negara ini ada disiplin dalam menguruskan kewangan.

"Berdasarkan ulasan penasihat undang-undang termasuk penasihat negeri, perkara itu (peruntukan MARRIS digunakan untuk pembangunan negeri) tidak boleh berlaku dan akibatnya mereka (kerajaan negeri) menerima teguran daripada Ketua Audit Negara berkaitan kecacatan pengurusan kewangan," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, malam tadi.

Mengulas lanjut Saifuddin Nasution berkata, rentetan daripada teguran Ketua Audit Negara, Kedah meminta menteri kewangan membenarkan wang MARRIS dipindah ke akaun pembangunan.

"Negeri itu mengamalkan konsep berkenaan kerana mereka mendapat kutipan hasil sangat kecil iaitu anggaran RM470 juta dan ini terjadi kerana menteri besarnya sibuk bermain politik.

"Dia cakap perkara besar misalnya projek tambak laut di Langkawi, hendak bina lapangan terbang dan mahu ambil semula Pulau Pinang, sedangkan kerja hakikinya adalah menguruskan negeri itu.

"Kalau dari segi pentadbiran kewangan pegawai kerajaan patut dikenakan tindakan surcaj dan ini baru satu contoh, saya akan sebut lagi beberapa perkara lain," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.046700 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list