CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3647|Reply: 7

KRU - Hikayat Merong Mahawangsa - Filem Terbaik Malaysia Abad Ini !!

[Copy link]
Post time 21-12-2010 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by power88 at 21-12-2010 21:51

Sebuah filem menarik dari KRU Production

Filem yang akan memecah tradisi industri filem negara !!

Bakal meletup tak lama lagi !!

Saksikan Preview Filem Tersebut Di Bawah Ini

SILA KLIK SINI UTK TENGOK PREVIEW -http://www.youtube.com/watch?v=R1KQBaan-9o
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2010 03:00 PM | Show all posts
OST yg sgt syahdu oleh nuar jeng !



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2010 12:50 PM | Show all posts
memang best... !!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 03:45 PM | Show all posts
dokumentari HMM ptg nih, 6pm di TV3

SEMPENA kemunculan filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios telah menghasilkan sebuah dokumentari mengenai filem itu untuk tatapan umum.

Faktor utama penyiaran dokumentari HMM adalah sebagai program tambahan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan berhubung fakta sejarah yang dipaparkan dalam filem arahan Yusry Abdul Halim itu.

Dokumentari tersebut bakal disiarkan pukul 6 petang, esok, 25 Februari di TV3.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, penghasilan dokumentari itu juga adalah sebagai salah satu cara mempromosikan HMM.

“Biasanya filem yang telah dihasilkan akan menerbitkan program di sebalik tabir.

“Namun, HMM mengambil sedikit kelainan dengan menyediakan dokumentari berdurasi satu jam memandangkan versi filemnya memaparkan cerita yang mempunyai kaitan dengan pembentukan negeri Kedah,” katanya pada majlis tayangan dokumentari HMM di Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penghasilan dokumentari itu juga sebagai sokongan kepada penterjemahan intelektual yang diolah dalam bentuk hiburan sebelum menjelmakan filem HMM itu bagi tontonan seluruh lapisan masyarakat.

Tambah Norman, dengan memuatkan beberapa temu bual bersama tokoh sejarah dan ahli akademik, dokumentari itu diharap sedikit sebanyak membantu penonton untuk memahami secara mendalam versi filem HMM yang bakal ditayangkan menjelang 10 Mac ini.

Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam dokumentari tersebut ialah Datuk Wira Mohd. Shaarif Abu Samah (wakil Istana Kedah), Mohan Shanmugam (Presiden Hindu Sangam Malaysia), Datuk Profesor Khoo Kay Kim (Sejarawan Malaysia), Datuk Dr. Wan Shamsuddin Mohd. Yusof (Sejarawan Negeri Kedah) dan Datuk Dr. Siti Hawa Salleh (Ahli Filologi dan Pengkaji Buku HMM).

Turut ditampilkan dalam dokumentari berkenaan ialah wawancara bersama Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem itu dan Amir Hafizi yang merupakan penulis skripnya.


Menurut Norman, naskhah asal Hikayat Merong Mahawangsa dalam bentuk buku yang menjadi rujukan bagi projek filem itu adalah terlalu tebal dan mempunyai pelbagai bentuk pemahaman kepada setiap pembacanya.

Namun, dokumentari itu cuba untuk menjelaskan bagaimana tenaga kerja di sebalik filem HMM termasuk Yusry dan Amir menggabungkan elemen sastera, mitos dan sejarah, bagi mewujudkan unsur realisme untuk filem itu.

“Kami cuma mengubah beberapa elemen untuk menjadikan versi filem HMM lebih meyakinkan tetapi masih berteraskan cerita asli.

“Justeru, penonton juga akan melihat beberapa perkara yang disebut dalam naskhah asal dalam HMM versi filem,” jelas Norman yang membelanjakan RM40,000 untuk dokumentari yang mendapat tajaan eksklusif Celcom itu.-kosmo


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 01:26 PM | Show all posts
Sebuah filem menarik dari KRU Production

Filem yang akan memecah tradisi industri filem negara !! ...
power88 Post at 21-12-2010 21:48



            This video is no longer available due to a copyright claim by KRU Studios.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 09:31 PM | Show all posts
OST yg sgt syahdu oleh nuar jeng !
hayati_hassan Post at 22-12-2010 15:00



lagu dari nuar zain y sangat best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2011 08:56 AM | Show all posts
lagu dari nuar zain y sangat best
embunpagi Post at 27-2-2011 21:31


termissed la sudah docs tu !
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:25 PM | Show all posts
Reply 7# hayati_hassan


wa pon sama laaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.054621 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list