CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Selangor] 'Saya sedih, marah bila tengok muka dia' - Anak penunggang Ducati

[Copy link]
Post time 10-7-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Ampang: Sedih dan marah. Itu yang dirasai anak penunggang Ducati Panigale yang maut dalam nahas di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sebaik melihat individu melanggar bapanya dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, turut berikrar akan hadir ke mahkamah setiap kali prosiding kes berjalan, malah tidak tergambar perasaannya apabila melihat lelaki itu di kandang tertuduh.

"Saya rasa sedih dan marah. Bila saya tengok muka dia, saya betul-betul rasa marah sebab hilang seorang ayah," katanya ketika ditemui di mahkamah hari ini.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan yang terbuku di hatinya selepas kehilangan orang yang paling rapat dalam hidupnya.

"Ayah dengan saya memang sangat rapat. Kami selalu 'ride' dan pergi surau sama-sama. Apabila dia tidak ada, saya betul-betul rasa kehilangan," katanya.

Muhammad Hafidz juga memberitahu tujuannya hadir ke mahkamah hari ini untuk mengetahui perkembangan kes dihadapi tertuduh yang menyebabkan kematian bapanya.

"Sebab saya nak tahu apa situasi yang berlaku terhadap orang yang salah itu... bukan untuk saya saja, tapi untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Muhammad Hafidz yang bekerja sendiri berkata, dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan arwah bapanya.

"Saya sangat gembira dan bersyukur. Terima kasih semua rakyat Malaysia yang mendoakan arwah ayah saya," katanya.

Dalam kejadian 14 Jun lalu, bapa kepada Muhammad Hafidz, Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 64, yang menunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE, dipercayai mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

Kemalangan itu tular dan mendapat perhatian ramai, selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden dimuat naik di media sosial.



MUHAMMAD Hafidz (tengah) hadir di mahkamah untuk mengikuti kes lelaki yang dituduh menyebabkan kemalangan yang mengorbankan bapanya di Lebuhraya SUKE. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-penunggang-ducati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.038975 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list