View: 223|Reply: 0
|
'Tiada RM5 juta tak payah sembang' - Zamsaham
[Copy link]
|
|
Pemilik Kelab Bolasepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
KUALA LUMPUR: Individu yang berhasrat untuk mengambil alih Kelab Bolasepak Kelantan (Kelantan FC) tampak perlu berbelanja lebih RM5 juta.
Ia susulan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberi bayangan bahawa nilai pasukan itu melebihi RM5 juta.
Setakat ini, Zamsaham memaklumkan dua usahawan termasuk Datuk Seri Vida dan salah satu penaja Kelantan FC musim ini yang juga pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif Ruslan berminat untuk mengambil alih kelab itu.
Beliau bagaimanapun menjelaskan masih terlalu awal untuk mengatakan Kelantan FC bakal bertukar pemilik dalam tempoh terdekat memandangkan segala terma dan syarat belum lagi dibincangkan bersama individu terbabit.
"Saya boleh katakan jika mahu membeli Kelantan FC dengan harga RM5 juta baik lupakan atau tak payah sembang.
"Setakat ini, saya ada terima dua tawaran untuk ambik alih Kelantan FC namun ianya hanya perjumpaan awal untuk tunjuk minat sebelum langkah seterusnya," katanya.
Semalam BH Sukan melaporkan Datuk Seri Vida perlu memasuki gelanggang 'pertarungan' dalam usaha untuk mengambil alih pengurusan Kelantan FC.
Ia selepas Zamsaham mendedahkan bahawa ada seorang lagi usahawan dari Kelantan yang berminat untuk mengambil alih kelab Pantai Timur itu.
Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman menjelaskan bahawa dia ketika ini hanya menunggu maklum balas daripada Zamsaham.
"Saya sudah kemukakan surat kepada Norizam dan sedang menunggu maklum balas dari beliau untuk mengadakan perjumpaan. Kita bagi kemudahan kepada beliau, tak kisah di mana dan bila tarikh beliau boleh jumpa," kata Vida.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ah-sembang-zamsaham |
|
|
|
|
|
|
| |
|