CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Perak] 3 anak tidak pernah bersekolah akibat kesempitan hidup, tiada pengenalan diri

[Copy link]
Post time 3-7-2023 05:14 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Azlan (kanan) melawat keluarga Mashitah (tiga kanan) di Kampung Tebing Tinggi, Malim Nawar. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Kampar: Kesempitan hidup membuatkan pasangan suami isteri di Kampung Tebing Tinggi, Malim Nawar, di sini, terpaksa membiarkan tiga anak mereka keciciran dan tidak pernah mendapat pendidikan formal.

Tidak setakat itu, Mashitah Kamarulzaman, 39, mengakui tiga anaknya itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Mashitah berkata, anaknya, Mohamad Harudin Hariandi, 22, Nur Ashikin Hariandi, 21, dan Mohamad Haikal Hariandi, 9, langsung tidak pernah bersekolah seperti rakan sebaya mereka.

Bagaimanapun, dia mengakui masalah itu berpunca daripada sikap dia dan suaminya, Hariandi Dimun, 40, yang bersikap sambil lewa dan tidak hantar borang sijil kelahiran ketiga-tiga anaknya itu.

"Memang salah akak (Mashitah) dan suami jugalah sehingga anak tak sekolah, masalah akak pun tak pandai nak membaca dan menulis.

"Seorang lagi anak (Nur Qaseh Ashika Hariandi, 13) memiliki kad pengenalan atas inisiatif ibu saudara, namun sudah hampir sebulan tidak bersekolah," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Mashitah berkata, dia hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan harian RM40, manakala suaminya bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan tidak tetap untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

Dia juga perlu menanggung ibunya, Maimunah Arif, 61, yang terlantar sejak 2021 akibat kanser ovari tahap tiga serta empat lagi anak saudaranya, Nur Alina Alisya Abdullah, 10; Mohd Zafril Zaqwan Abdullah, 9; Mohd Akim Abdullah, 4; dan Nurfasya Iswana Abdullah, 2.

Menurutnya, ibu kandung kepada anak saudaranya, iaitu adik perempuannya kini menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah Mohd Azlan Helmi Helmi, ketika melawat keluarga Mashitah berkata, beberapa agensi berkaitan mengambil maklum situasi yang dihadapi keluarga itu dan mengambil tindakan segera.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ada-pengenalan-diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.639176 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list