CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dikasari kerana hutang rupanya...

[Copy link]
Post time 29-6-2023 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Dikasari kerana hutang rupanya...


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



TANGKAP layar video tular




Nibong Tebal: Tiga lelaki ditahan polis selepas dipercayai mengasari seorang lelaki dalam kejadian di hadapan kedai di Jalan Sungai Udang, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Ng Ah Thiam, berkata polis mengesan video berdurasi 29 saat memaparkan kejadian seorang lelaki dikasari sekumpulan individu.

Menurutnya, kejadian berlaku Isnin lalu dan polis menerima dua laporan berhubung insiden berkenaan.

"Dalam kejadian itu mangsa didatangi empat suspek yang menaiki kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire warna hitam.

"Kesemua suspek cuba menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan namun dihalang kakak mangsa dan penduduk setempat," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada mangsa yang berhutang dengan salah seorang suspek.

"Susulan kejadian itu, polis menahan tiga suspek lelaki warga tempatan dan merampas kenderaan yang digunakan semasa kejadian," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Disiarkan pada: Jun 29, 2023 @ 8:29pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.039196 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list