CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Premis seleweng LPG lebih RM1 juta kena serbu

[Copy link]
Post time 28-6-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Ariffin Samsudin ketika sidang media dan pelancaran Jualan Rahmah Parlimen Batu di Taman Datuk Senu, Sentul. FOTO AZIAH AZMEE

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur menumpaskan aktiviti penyelewengan gas bersubsidi apabila menyerbu sebuah stor penyimpanan gas petroleum cecair (LPG) di Setapak, di sini, pada 23 Jun lalu.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, ketika serbuan dilakukan, peniaga berkenaan gagal merekodkan pembelian membabitkan 345 transaksi berjumlah RM1.7 juta itu.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan mendapati pemilik perniagaan itu adalah pemegang lesen runcit barang kawalan LPG yang sah sehingga 25 Oktober ini.

"Kita sudah mengemukakan notis kepada pemilik premis sebelum serbuan dilakukan supaya membekalkan dokumen berkaitan.

"Namun ketika serbuan, semakan mendapati terdapat satu kesalahan dilakukan oleh peniaga berkenaan iaitu gagal menyelenggara 345 transaksi dalam buku stok sepanjang tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri pelancaran Program Jualan Rahmah (PJR) di Taman Dato Senu, di sini, hari ini.

Ariffin berkata, berdasarkan maklumat, premis itu terbabit dalam aktiviti pembekalan gas LPG bersubsidi kepada pihak ketiga bagi tujuan penyelewengan di sekitar Lembah Klang.

"Jumlah ketirisan subsidi bagi kes ini dianggarkan RM1 juta berdasarkan analisa awal yang dilakukan.

"Kami turut menahan pemilik yang juga seorang lelaki tempatan bagi direkodkan keterangan serta mendapatkan maklumat untuk tindakan lanjut.

"Penyelenggaraan buku stok amat penting oleh pemilik lesen barang kawalan untuk memastikan barang kawalan bersubsidi tidak diseleweng dan sampai kepada golongan sasar," katanya.

Katanya, subsidi diberikan kerajaan untuk dinikmati golongan sasar dan bukan diselewengkan bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.

"Perbezaan ketara harga LPG bersubsidi dengan industri menjadi faktor utama sindiket mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan peribadi.

"Justeru, kami memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak melanggar undang-undang serta tidak mengambil kesempatan terhadap subsidi diberikan kerajaan," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 bersama dengan Peraturan 13(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

"Siasatan juga akan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rm1-juta-kena-serbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 1.081498 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list