View: 134|Reply: 0
|
Mac Allister tolak jersi ikonik Liverpool
[Copy link]
|
|
Mac Allister tolak jersi ikonik Liverpool
Alexis Mac Allister akan menyarung jersi nombor 10 di Liverpool, nombor sama yang dipakainya ketika di Brighton. - Foto Liverpool FC
Previous
Next
LONDON: Alexis Mac Allister mendedahkan dia menolak jersi bernombor lapan Liverpool kerana sejarahnya dengan legenda kelab, Steven Gerrard.
Pemain Argentina itu menyertai The Reds dari Brighton pada harga 35 juta pound (RM208.9 juta) awal bulan ini.
Mac Allister akan menyarung jersi nombor 10 di Liverpool, nombor sama yang dipakainya ketika di Brighton.
Pemain tengah itu berkata, dia boleh memilih jersi ikonik Liverpool selepas Naby Keita meninggalkan Anfield, tetapi lebih selesa untuk mengekalkan nombornya ketika di Brighton.
"Bapa saya pernah bertanya nombor apa yang akan saya pakai di Liverpool. Saya tahu nombor 10 dan lapan antara pilihan yang ada.
"Nombor lapan sangat penting bagi kelab itu kerana Gerrard, jadi saya teragak-agak. Akhirnya saya memilih 10, tetapi saya sukakan nombor lapan dan sejarahnya di kelab itu," kata Mac Allister.
Keputusannya itu berdasarkan rasa hormat Mac Allister ke atas Gerrard yang memenangi dua Piala FA, tiga Piala Liga dan satu Liga Juara-Juara Eropah bersama Liverpool.
Bagaimanapun jersi dipilih Mac Allister tidak kurang hebatnya kerana ia pernah disarung Sadio Mane dan Michael Owen.
Pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu turut menjadi buruan Manchester United tetapi dia merasakan Liverpool adalah destinasi terbaik untuk membina kariernya.
"Saya berpeluang bercakap dengan (Jurgen) Klopp, dan saya rasa ia adalah langkah tepat dalam karier saya untuk bersama Liverpool," katanya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... si-ikonik-liverpool |
|
|
|
|
|
|
| |
|