|
Mat Don kena kecam
LIRIDON kelihatan hampa selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Lumpur: Nama pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi menjadi sebutan di kalangan penyokong Terengganu FC susulan skuad Penyu tersingkir di pusingan separuh akhir Piala FA, malam tadi.
Liridon atau lebih dikenali sebagai Mat Don dikatakan menjadi punca skuad Terengganu FC tewas 4-2 kepada Kuala Lumpur (KL) City menerusi penentuan penalti selepas perlawanan itu berkesudahan tanpa jaringan.
Lebih memalukan, naib juara Piala FA musim lalu itu mengalami kekalahan di gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibajiri lebih 26,000 penonton.
Berdasarkan tinjauan di laman Facebook rasmi kelab, ramai pengguna media sosial terdiri daripada penyokong skuad Penyu mengecam dan tidak kurang juga memerli persembahan yang dipamerkan Liridon atau dikenali sebagai Mat Don dalam perlawanan itu.
Mat Don diturunkan dalam kesebelasan utama dan gagal menyudahkan sepakan penalti keempat TFC sebelum pemain KL City, Giancarlo Gallifuoco menyempurnakan sepakan terakhir sekali gus mengesahkan tiket ke Final buat City Boys.
Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuk daripada Mohd Jefri Hisham: "Simpan Liridon sampai 2030.. Aset berharga TFC tu.. Rugi kalau lepas."
Syahmi Syahmi: "Tula bagi penalti ke Liridon, aku tahu doh dari awal bukan kaki gol penalti Mat Don tu."
Untuk rekod, Mat Don sebelum ini pernah dikritik hebat susulan prestasi yang ditampilkannya bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... /mat-don-kena-kecam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|