CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Tommy kesal pemain takut ambil sepakan penalti

[Copy link]
Post time 26-6-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Tommy kesal pemain takut ambil sepakan penalti


REAKSI Steinbruckner pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. FOTO GHAZALI KORI


Kuala Terengganu: Tanpa berselindung, ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner kesal dengan sikap beberapa pemainnya bagaikan tidak berani untuk mengambil sepakan penalti pada aksi separuh akhir Piala FA menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.

Jelas pengendali kelahiran Croatia itu, sebagai pemain profesional pemain yang disenaraikan sepatutnya bersedia untuk berdepan dengan situasi itu dan ia tidak harus berlaku lebih-lebih dalam aksi penting hidup mati itu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Saya kesal kerana ada beberapa pemain apabila saya minta mereka mengambil sepakan penalti dalam aksi perlawanan itu ramai daripadanya berkata 'tidak'... seolah-olah takut untuk memikul tugasan itu.

"Saya tidak tahu, saya sendiri tanya beberapa pemain yang mempunyai sepakan yang sangat baik, tapi mereka semuanya bagaikan mengelak tidak mahu mengambil sepakan penalti itu, anda akan memberi jawapan mengapa? Tekanan stadium penuh, semua orang mengharapkan sesuatu yang anda tahu.

"Sepatutnya mereka percaya pada diri sendiri untuk menyempurnakan sepakan penalti itu, oleh sebab itu saya letakkan Arif Fadzillah Abu Bakar mengambil sepakan penalti kerana saya tahu dia mempunyai pengalaman," katanya dengan nada kesal ketika ditemui selepas tamat perlawanan yang menyaksikan TFC tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan sehingga masa tambahan terikat tanpa jaringan.

Pada perlawanan itu, dua tonggak tengah termasuk pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi dan Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas berjaya dihalang penjaga gol pelawat, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin.

Dalam pada itu, jurulatih yang lebih mesra dipanggil 'Tommy' itu mengakui kurang keyakinan antara faktor pasukannya 'dilemaskan' skuad The City Boys pada perlawanan itu.

Tambah jurulatih kelahiran Croatia itu, beraksi di bawah tekanan selain gagal manfaatkan peluang terhidang juga antara punca anak buahnya tersungkur di depan 26,500 penyokong sendiri sekali gus gagal mengulangi pencapaian musim lalu layak ke pentas final.

Katanya, beliau bagaikan tidak percaya dengan mutu persembahan anak buahnya yang dilihat kurang bertenaga dan jauh berbeza berbanding aksi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini.

Bagaimanapun jurulatih berusia 57 tahun itu enggan menyalahkan anak buahnya 100 peratus yang sudah berusaha, sebaliknya menyifatkan pasukannya tiada rezeki untuk melangkah ke pentas final pada 22 Julai ini.

"Saya lihat dalam beberapa situasi, mereka bermain di bawah tekanan selain tidak mempunyai keberanian sebagaimana ketika berdepan dengan JDT tempoh hari. Beberapa peluang terhidang juga gagal disudahkan dengan jaringan sehingga perlawanan berlanjutan hingga ke penentuan sepakan penalti, jika dilihat statistik peluang untuk menjaringkan gol, kita lebih berbanding lawan, namun ianya tidak berakhir dengan jaringan.

"Namun saya tidak mahu menyalahkan pemain, mereka sudah berusaha untuk memburu jaringan, tapi tidak berhasil, tahun ini bukan rezeki kami untuk layak ke final biarpun hanya selangkah sahaja lagi," katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bil-sepakan-penalti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.049119 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list