View: 121|Reply: 0
|
Arsenal bakal pecah rekod perbelanjaan kelab
[Copy link]
|
|
Arsenal bakal melengkapkan perpindahan penyerang Chelsea, Kai Havertz yang berharga 65 juta pound (RM386.47 juta). - Foto AGENSI
LONDON: Arsenal bakal memecahkan rekod perbelanjaan kelab melebihi 200 juta pound (RM1.19 bilion) minggu ini.
The Gunners akan melengkapkan pembelian Kai Havertz yang berharga 65 juta pound (RM386.47 juta), selepas pemeriksaan kesihatan pemain itu di Sepanyol hari ini.
Skuad kendalian Mikel Arteta juga sedang berunding dengan West Ham untuk menandatangani Declan Rice pada harga 100 juta pound (RM594.57 juta).
Mereka juga yakin akan berjaya mencapai persetujuan dengan pemain Ajax, Jurrien Timber yang dinilaikan pada 50 juta pound (RM297.29 juta).
Arsenal sebelum ini menawarkan 30 juta pound (RM190.26 juta) untuk pemain 22 tahun itu tetapi bidaan mereka ditolak.
Perbelanjaan melebihi 200 juta pound (RM1.19 bilion) adalah rekod baharu Arsenal dalam satu jendela perpindahan.
Arsenal yang terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris di saat akhir, perlu mengukuhkan skuad mereka selepas Granit Xhaka, Cedric Soares dan Nicolas Pepe akan meninggalkan kelab, dengan Thomas Partey kini di dalam radar kelab Arab Saudi. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -perbelanjaan-kelab |
|
|
|
|
|
|
| |
|