CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Kedah] 4 diberkas selepas genap sebulan samun dua beranak

[Copy link]
Post time 22-6-2023 01:05 PM | Show all posts |Read mode

Alor Setar: Genap sebulan selepas melakukan kegiatan samun di Baling, empat lelaki akhirnya berjaya diberkas polis di Pulau Pinang, semalam.

Semua suspek berkenaan ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling jam 2 petang di Balai Polis Kepala Batas.

Terdahulu, suspek yang berusia 47 hingga 53 tahun itu ditahan di sekitar Kepala Batas selepas mereka melakukan samun terhadap penjual durian.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek juga turut terbabit dalam kes samun di Baling bulan lalu.

"Semua suspek berkenaan dipercayai individu sama yang melakukan samun terhadap seorang wanita dan anak perempuannya di Baling.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua suspek masing-masing mempunyai tiga hingga 10 rekod jenayah dan mereka akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian 21 Mei lalu, empat lelaki berpakaian hitam serta bertopeng menceroboh masuk rumah seorang wanita di Kuala Pegang jam 3.30 pagi.

Menurut sumber, ketika kejadian empat suspek terbabit yang juga bersenjatakan pisau meminta mangsa menyerahkan barang berharga kepada mereka.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan susulan daripada itu usaha memburu suspek giat dijalankan.

"Selepas sebulan, semua suspek akhirnya berjaya ditahan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-samun-dua-beranak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.042372 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list