View: 204|Reply: 0
|
Arif Aiman sebaris legenda
[Copy link]
|
|
Pemain Malaysia, Arif Aiman Mohd Hanapi (kanan) meraikan jaringan bersama Mohamad Faisal Abdul Halim pada perlawanan menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Empat gol diledak Arif Aiman Hanapi ketika membantu Harimau Malaya membelasah Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam meletakkan namanya sebaris dengan beberapa legenda bola sepak negara.
Setakat ini, Arif Aiman yang juga pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) 2021 dan 2022 mengumpul lima gol bersama Harimau Malaya selepas meledak jaringan sulung menerusi sepakan penalti ketika membantu skuad Kim Pan Gon menewaskan Kepulauan Solomon 4-1, Rabu lalu.
Sebelum ini, berdasarkan semakan, empat pemain negara pernah meledak lebih daripada tiga gol dalam satu perlawanan di peringkat antarabangsa.
Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat dan penyerang terbilang Harimau Malaya, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari antara pemain yang pernah meledak lebih daripada tiga gol dalam satu perlawanan.
Ghani meledak tujuh buat pasukan Tanah Melayu iaitu sebelum pembentukan Malaysia ketika menewaskan Kemboja 9-2 pada 1956.
Bagaimanapun aksi itu tidak diiktiraf FIFA kerana Tanah Melayu ketika itu dikatakan belum menjadi anggota badan induk berkenaan.
Mokhtar Dahari meledak lima gol pada 1977 untuk membantu pasukan negara membelasah Myanmar 9-1 di temasya Sukan SEA.
James Wong turut tersenarai sebagai penyerang berbisa apabila menjaringkan empat gol pada 1977 dalam kempen kelayakan Piala Dunia 1978, dengan membenam Thailand 6-4.
Sementara itu, Zaquan Adha Abdul Radzak turut mencetak empat gol dalam satu perlawanan pada 2018 ketika pasukan negara menentang Bhutan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... man-sebaris-legenda |
|
|
|
|
|
|
| |
|