CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Giliran Colombia malukan Jerman, diejek penyokong sendiri

[Copy link]
Post time 21-6-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Giliran Colombia malukan Jerman, diejek penyokong sendiri


Penyerang Colombia dan Liverpool, Luis Diaz (kanan) menanduk masuk gol pertama pasukannya melepasi jangkauan penjaga gol Jerman, Marc-Andre Ter Stegen pada aksi persahabatan antarabangsa di Gelsenkirchen, awal pagi tadi. – Foto AFP


GELSENKIRCHEN, Jerman: Jerman mengalami kekalahan 2-0 di tangan Colombia pada aksi persahabatan antarabangsa di laman sendiri dalam kejutan terbaharu kurang setahun sebelum mereka menjadi tuan rumah Euro 2024.

Tandukan pemain Liverpool, Luis Diaz pada minit ke-54 dan sepakan penalti Juan Cuadrado pada minit ke-82 membolehkan pelawat mencatat kemenangan sulung ke atas Jerman, yang diejek dan dicaci penyokong sendiri pada hujung perlawanan.

Jerman, yang mempunyai kurang setahun bagi membentuk pasukan mantap menjelang kejohanan sebenua itu, memerlukan dua gol lewat untuk seri 3-3 dengan Ukraine minggu lalu sebelum tumpas 1-0 kepada Poland Jumaat lalu.

Juara dunia empat kali itu hanya menang sekali dalam lima perlawanan terakhir sejak kejutan tersingkir pada peringkat kumpulan Piala Dunia Disember lalu. Mereka juga hanya menang tiga daripada 11 aksi terakhir.

"Tentunya saya amat kecewa kerana kami tidak berjaya menunaikan apa yang kami rancang," kata jurulatih Jerman, Hansi Flick. "Ada beberapa perkara yang kami mahu cuba praktikkan tetapi ia memakan diri."


Pemain tengah Jerman, Jamal Musiala (tengah) diasak pertahanan Colombia, Daniel Munoz (kiri) dan Juan Cuadrado ketika aksi persahabatan antarabangsa di Gelsenkirchen, barat Jerman awal pagi tadi. – Foto AFP


Flick, yang mengambil alih pada 2021 dan berdepan tekanan sejak penyingkiran awal Piala Dunia, berkata pemainnya kurang keyakinan.

"Apa yang boleh saya katakan? Semuanya tidak menyebelahi pasukan kami ketika ini. Kami perlu menganalisisnya, belajar daripada kesilapan," katanya selepas tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

"Ini satu kitaran yang perlu kami tempuhi. Pada September kami perlu mempamerkan persembahan berbeza. Kami akan lihat pasukan berbeza dan kemudian keputusan akan hadir," katanya. "Kami masih yakin kami mempunyai pasukan bagus serta pemain yang bagus."

Colombia mendahului selepas Emre Can kehilangan bola dengan Cuadrado melambungkan satu hantaran silang buat Diaz menanduk masuk melepasi jangkauan penjaga gol Marc-Andre Ter Stegen.

Kemasukan Niclas Fuellkrug tidak banyak meningkatkan permainan Jerman dan kesilapan Joshua Kimmich memegang bola memberikan pelawat peluang untuk menggandakan jaringan dengan Cuadrado tidak melakukan kesilapan menerusi tendangan penalti. – REUTERS


Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... k-penyokong-sendiri


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.054520 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list