CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 2

Ramai Lelaki Nak Buat Muka Macam Jin BTS Dan Cha Eun Woo Siap Bawa Foto Rujukan Ke Klinik

[Copy link]
Post time 20-6-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Jin BTS dan pelakon Cha Eun Woo antara wajah artis K-pop yang sering diidamkan pelanggan, dedah pakar bedah plastik.


Allkpop melaporkan dalam satu temu bual bersama pakar bedah plastik iaitu Dr. Choi Hyung menerusi majalah K-Health memberitahu ramai pelanggan membawa gambar kedua-dua artis berkenaan menyatakan hasrat mahu mendapatkan ciri-ciri wajah diidamkan itu.




AllKpop





Menurut Dr. Choi, permintaan untuk melakukan filler di bawah mata semakin meningkat bukan hanya dalam kalangan pelanggan wanita tetapi juga lelaki.


Jelas pakar bedah plastik itu lagi, dia sering berjumpa dengan pelanggan yang berhasrat untuk melakukan prosedur bagi mendapatkan wajah seperti Jin dan Eun Woo.


"Minat terhadap filler bawah mata semakin meningkat bukan hanya wanita, tetapi permintaan daripada lelaki juga turut diterima.


"Di hospital saya, ramai lelaki yang datang untuk bertanyakan tentang prosedur pembedahan plastik dengan membawa gambar artis terkenal seperti Jin dan Eun Woo," katanya.


Kedua-dua artis Korea ini telah mendapat pengiktirafan yang ketara terhadap ketampanan yang dimiliki mereka.


Ramai peminat menganggap Jin dan Eun Woo sebagai lambang standard kecantikan lelaki di Korea Selatan.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan dibuat oleh doktor pakar bedah plastik itu dan menyifatkan kecantikan yang dimiliki Jin adalah sempurna.




AllKpop




"Jin mempunyai nisbah wajah yang sempurna pada seorang lelaki Korea. Disebabkan itu juga ramai yang ingin kelihatan seperti Jin.


"Sudah tentu saya setuju. Jin merupakan lelaki kacak seluruh dunia dan Cha Eun Woo memiliki wajah yang hampir sempurna," tulis netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Of courseee Seokjin sgt handsome ai suka gambar concert instead of gambar photoshoot sebab irl nampak bertiang lagi handsome

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tambah lagi gambar Seokjjn ????

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056974 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list