View: 170|Reply: 0
|
Mbappe antara penjaring Perancis benam Gibraltar
[Copy link]
|
|
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe mengatasi penjaga gol Gibraltar, Dayle Coleing menerusi sepakan penalti pada aksi kelayakan Euro 2024 di Stadium Algarve, Faro, Portugal awal pagi tadi. – Foto AFP
FARO, Portugal: Kylian Mbappe meledak menerusi sepakan penalti ketika Perancis menang mudah 3-0 ke atas negara kerdil bola sepak Gibraltar awal pagi tadi untuk mengekalkan rekod 100 peratus mereka pada kempen kelayakan Euro 2024.
Olivier Giroud memberikan gol pendahuluan kepada naib juara Piala Dunia tahun lalu di Faro, Portugal sebelum Mbappe menjadikan kedudukan 2-0 menerusi penalti pada masa kecederaan babak pertama.
Kapten Perancis itu kemudiannya memaksa gol sendiri daripada Aymen Mouelhi untuk melengkapkan jaringan selepas rehat, sekalipun percubaan Les Bleus terkena tiang gol empat kali.
Keputusan itu menyusuli kemenangan ke atas Belanda dan Republik Ireland pada Mac lalu sekali gus menyaksikan Perancis mengutip sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan kelayakan Kumpulan B.
Mereka unggul tiga mata di depan Greece, yang menewaskan Ireland 2-1 di Athens awal pagi tadi dan mempunyai kelebihan bermain kurang satu perlawanan.
Penyerang Perancis, Olivier Giroud menanduk masuk bagi gol pertama pasukannya ketika mengalahkan Gibraltar 3-0 pada aksi kelayakan Euro 2024 di Faro, Portugal. – Foto AFP
Perancis menerima kunjungan Greece Isnin ini manakala Belanda – yang kini terbabit pada pusingan akhir Liga Negara-Negara – mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan.
"Objektifnya adalah untuk menang dan melunaskan tugas ini tetapi kami patut menjaringkan lebih banyak gol," kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.
"Kami sepatutnya boleh bertindak dengan lebih baik dengan lebih pantas tetapi keadaan padang tidak banyak membantu.
"Saya boleh menerima keputusan ini dan mula memikirkan mengenai aksi Isnin ini yang merupakan satu perlawanan penting."
Mbappe mendominasi tajuk utama menjelang perlawanan itu selepas mengesahkan dia tidak akan melanjutkan kontraknya di Paris Saint-Germain, yang berakhir tahun depan.
Ia meningkatkan prospek PSG menjual pemain bintang mereka pada jendela perpindahan kali ini, sekalipun pemain berusia 24 tahun itu menyatakan hasrat untuk kekal bersama juara Perancis itu musim depan. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... cis-benam-gibraltar |
|
|
|
|
|
|
| |
|