CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Pulau Pinang] Padah guna 'strobe lamp', pemandu kereta disaman

[Copy link]
Post time 16-6-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Padah guna 'strobe lamp', pemandu kereta disaman

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   16 Jun 2023    11:00am





Pemilik kenderaan disaman kerana memasang lampu mata arah pada kenderaannya kerana tindakan itu menyalahi undang-undang.




BUKIT MERTAJAM - Seorang pemandu kereta dikenakan saman kerana memasang lampu mata arah (strobe lamp) pada kenderaannya.

Lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu disaman mengikut Peraturan 138 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 170/59 kerana mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya mengesan satu klip video berdurasi tiga saat yang memaparkan sebuah kenderaan MPV menggunakan lampu mata arah.

Menurutnya, video pendek itu dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Thai Khor pada jam 4.20 petang, Khamis dan mendapat 123 tanda suka, 91 komen dan 5 perkongsian.

"Kereta tersebut dikesan ketika berada di Kilometer (KM) 136.8 Lebuh Raya Utara Selatan di kawasan SPT ketika video tersebut dirakam. Susulan daripada itu, kita berjaya menahan lelaki terbabit pada jam 6.18 petang hari yang sama.

"Kita merampas satu set lampu mata arah yang digunakan pada masa kejadian. Pemandu tersebut disaman kerana kesalahan mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Cheng San berkata, polis melarang sama sekali mana-mana pemilik kenderaan mengubahsuai dan menggunakan lampu mata arah pada kenderaan persendirian kerana ia merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.158196 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list