CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Azizulhasni ke separuh akhir acara pecut

[Copy link]
Post time 15-6-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode

AZIZULHASNI menewaskan atlet dari Taiwan, Kang Shin Feng ketika beraksi dalam acara kelayakan pecut lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional. FOTO AZRUL EDHAM

Nilai: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah untuk mara ke separuh akhir pecut lelaki dan berada di landasan terbaik untuk merampas kembali emas yang dimenangi di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) pada 2020 di Korea Selatan.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu ternyata di landasan terbaik untuk merangkul semula gelaran jaguh Asia selepas mencatatkan 9.523 saat (s) untuk menduduki tangga pertama peringkat kelayakan mengatasi 22 pencabar yang lain.

Catatan itu membolehkannya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri 9.548s di Kejohanan Dunia di Berlin, Jerman 2020 dan hampir menyamai rekod Asia yang dipegang Yuta Wakimoto iaitu, 9.518s (Olimpik Tokyo).

Dalam saingan suku akhir sebentar tadi, Azizulhasni atau terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman tidak berdepan masalah mengalahkan pelumba Taiwan, Kang Shih Feng 2-0.

"Pertama sekali Alhamdulillah kerana di peringkat kelayakan saya mencatat masa yang tidak dijangka. Prestasi terbaik ini di bawa sejak berlumba di Hong Kong bulan lalu, di mana ketika itu perlumbaan sangat padat, berlangsung berturut-turut.

"Ketika saingan kelayakan saya turun sebagai pelumba kedua terakhir dan terkejut melihat catatan mereka 9.6s, 9.7s . Disebabkan itu saya hanya fokus untuk berada dalam kelompok tiga terbaik. Saya seperti berada dalam dunia sendiri saja sebelum memulakan perlumbaan, memberi fokus sepenuhnya dan akhirnya berjaya menyempurnakan tugas dengan baik.

"Memang saya menjalani latihan tetapi kayuhan flying (kelayakan) tidak sama seperti pecut (bersaing dengan pelumba lawan). Saya terkejut dengan catatan 9.5s tetapi tetap gembira, manakala dalam saingan suku akhir pula saya tidak memberikan aksi 100 peratus.

"Aksi tadi hanya 80 peratus taktik kerana saya mahu menyimpan tenaga untuk esok. Esok adalah perlumbaan sebenar, apabila saya menentang Kento Yamasaki (Jepun). Saya harap semuanya mengikut seperti yang dirancang," kata Azizulhasni yang berusia 35 tahun.

Bagaimanapun, hasrat untuk melihat seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom ke separuh akhir tidak kesampaian selepas dia tumpas 1-2 kepada Koehi Terakasi (Jepun).

Lebih sedekad berbakti untuk negara, Azizulhasni sudah pun berjaya mengumpul 10 pingat emas di kejohanan ini, dengan kali terakhir pada edisi 2020 di Jincheon, Korea Selatan menerusi acara pecut.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-akhir-acara-pecut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.052678 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list