CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

Salman Khan Hanya Datang Shooting 2 Atau 3 Jam Sahaja, Selebihnya Adalah “Body Double”

[Copy link]
Post time 14-6-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Salman Khan Hanya Datang Shooting 2 Atau 3 Jam Sahaja, Selebihnya Adalah “Body Double”


Sebelum ini, Salman Khan pernah menjadi pelakon pembantu dalam filem “Kuch Kuch Hota Hai”.  Akan tetapi menggunakan body double untuk menggantikannya semasa menari untuk lagu “Saajanji Ghar Aaye”.

50% Sahaja Menari, Selebihnya Body Double
Body Double adalah merupakan orang yang mengantikan pelakon dalam babak-babak tertentu. Sebagai pengarah, Farah Khan telah berkerjasama dengan ramai pelakon terutamanya dengan bintang besar Bollywood sebagai choreographer.

Baru-baru ini, Farah Khan memberi tahu semasa penggambaran lagu “Saanjanji Ghar Aaye” untuk filem Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998, pelakon Salman Khan datang ke set penggambaran hanya beberapa jam sahaja. Tambahnya lagi, dalam lagu berkenaan, Hanya 50% sahaja melibatkan Salman Khan dan selebihnya adalah body double.

Farah Khan memberitahu menegnai Salman Khan itu semasa dalam rancangan realiti tarian di India.

“Kalian tahu tak? dia (Salman Khan)  hanya melakukan separuh sahaja lagu Saanjanji Ghar Aeye selebihnya bukan dia. Dia hanya datang untuk beberapa jam sahaja jadi apa yang kami buat ambil segala sudut, tepi, atas, belakang dirinya dan selebihnya adalah Body double”-kata Farah

  



Di dalam filem tersebut, Salman Khan memegang watak sebagai Aman yang akan berkahwin dengan Anjali (Kajol). Lagu Saanjanji Ghar Aaye adalah semasa majlis pertunangan mereka.

Apa-apa pun, bukan hanya bintang besar seperti Salman Khan sahaja yang mempunyai body double, malah bintang besar lain juga pasti ada cuma tidak dihebohkan kepada umum.

Sumber:https://murai.my/2023/181667/sal ... adalah-body-double/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.416915 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list