View: 103|Reply: 0
|
Arsenal ‘eksploitasi’ sengsara Leicester
[Copy link]
|
|
Arsenal ‘eksploitasi’ sengsara Leicester
CASTAGNE (kiri) menjadi pemain terbaharu mahu ‘mengangkat kaki’ meninggalkan Leicester yang akan beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan Inggeris musim depan. – AFP
LONDON – Arsenal dilaporkan sedia berunding dengan Leicester City yang akan beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan Inggeris musim depan untuk mendapatkan tonggak pertahanan kanannya, Timothy Castagne.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menganggap Castagne, 27, sebagai calon paling ideal untuk menghadirkan persaingan sihat kepada Ben White yang diletakkan di posisi bek kanan sepanjang saingan musim lalu.
Arteta, 41, juga merasakan harga pasaran pemain antarabangsa Belgium itu lebih murah berbanding nama-nama lain yang turut dikaitkan seperti Joao Cancelo (Manchester City), Ivan Fresneda (Real Valladolid) dan Sacha Boey (Galatasaray).
Biarpun kontraknya masih berbaki dua tahun tetapi bekas pemain Atalanta itu dilaporkan tidak berminat beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan Inggeris yang boleh menjatuhkan nilainya dalam pasaran perpindahan.
Justeru, The Gunners mahu memanfaatkan situasi malang Leicester untuk ‘mencuri’ pemain-pemain mereka dengan harga murah selain menawarkan peluang beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.
Ia dilihat seperti Arsenal mahu membalas dendam terhadap The Foxes yang meletakkan harga tinggi buat dua pemain tengahnya, James Maddison dan Youri Tielemans awal musim ini.
Kini, Leicester kehilangan Tielemans secara percuma apabila bintang Belgium itu dikatakan sudah bersetuju dengan terma-terma peribadi bersama Aston Villa yang akan beraksi dalam kancah Liga Konferens Europa musim depan.
Maddison juga hampir pasti bakal mengikut jejak Tielemans dengan beberapa kelab termasuk Arsenal berminat mendapatkan servis perancang England itu selain Tottenham Hotspur dan Newcastle United. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... sengsara-leicester/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|