View: 6157|Reply: 87
|
Suami Kerja Offshore Gaji RM50,000 Kecewa Isteri Minta Cerai- Bila Balik Darat Langsung Tak Nak Layan, Salam Pun Tak Nak
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki yang bertugas di sebuah syarikat cari gali terkemuka dengan gaji RM50,000 sebulan tak menyangka perkahwinannya akan musnah.
Kisah tersebut diceritakan semula oleh seorang peguam yang menyatakan si isteri bukan sahaja memohon penceraian tetapi turut menuntut harta sepencarian sebanyak 50 peratus.
"Kisah suami tersakiti 2023. Kesian brother ni," tulisnya di halaman TikTok @nuraienakmal.
Gambar Hiasan
Menurutnya, anak guam terbabit terpaksa hidup dan amalkan percintaan jarak jauh (PJJ) dengan pasangan dari awal perkahwinan disebabkan tuntutan kerja.
Namun apabila pulang ke rumah, isterinya enggan melayan malah bersalam pun tidak dilakukan.
"Anak guam kerja offshore gaji RM50,000 sebulan. Tapi kalau cuti empat bulan di darat, dia tidak ada gaji.
"Hidup PJJ dari awal kahwin, isteri tidak mahu melayan dan bersalam.
"Dia pun tak mahu duduk sekali... siap pakej maki-maki," cerita peguam terbabit.
Apa yang mengejutkan adalah isterinya tiba-tiba minta bercerai.
Disebabkan tiada pilihan, suami terpaksa bersetuju dengan kehendak isterinya.
Tambahan pula tiada fungsi untuk mereka mengekalkan ikatan perkahwinan yang dibina itu.
"Selepas bercerai, bekas isterinya datang menuntut 50 peratus harta sepencarian dan RM90,000 mutaah," tambahnya.
Bukan itu sahaja, nafkah edah juga diminta sebanyak RM7,000 selain RM6,000 bagi nafkah dua orang anak mereka.
Perkongsian peguam itu mengejutkan warga maya kerana pasangan mempunyai sumber kewangan yang kukuh tetapi isteri masih juga meminta cerai.
Rata-ratanya meluahkan pandangan masing-masing.
"Isteri ni tak semua kesihatan mental dia pada 100 peratus. Lagi-lagi kena berjauhan, ada tu sampai sakit meroyan sehingga ke tua.
"Mungkin si isteri tu ada yang tolong teman semasa suami offshore.
"Aku tak mahu PJJ dengan suami... kerja mana mampu, banyak (duit) belum tentu cukup, sikit belum tentu kurang. Bersyukur saja.
"Duit banyak, dua pilihan ada... bagi saja apa yang bekas isteri mahu dan biar dia jawab di akhirat atau cari peguam terbaik untuk lawan," ujar beberapa warga maya.
Turut sama memberi komentar adalah seorang lelaki yang memiliki pengalaman sama.
"Sepatutnya semasa isteri minta cerai, buat perjanjian tebus talak. Macam saya, gugurkan semua hak dia," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kerja contract kah apa... Cuti tiada gaji... |
|
|
|
|
|
|
|
Meols rasa dia kerja yg bayar ikut dayrate. Ada kerja, ada gaji. Adik meols permanent staff, mula2 kerja dpt monthly salary. Few months later, kena transfer to dayrate salary sekejap, First hitch 2 months kerja, one month off, next one month kerja, one month off for 4-5 months kot. Masa off takde gaji. Now balik to monthly salary, rota one month kerja, one month off...off pun dpt gaji jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by makita at 13-6-2023 08:46 AM
Ada isteri yg mmg xleh pjj ni wpon sebelom kwen dah tahu somi keje mcamana. Ada kakak ni org Bogor..suami captain kapal. Kalau kapal berlabuh kat msia...dia akan dtg sini utk jumpa somi dia. Kalau nak tgu kat umah je tgu laki balik mcm x puas lah berjumpa dalam setahun. Kalau dtg sini kakak ni lepak umah meols. Ada la pernah 2 3 kali kakak ni datang. Tup tup suami meninggal, tiba2 ada pulak pompuan claim sbgai bini no 2. Adoi kesian..dah la sendiri nak jumpa suami pon kene pegi merata nak jumpa. Kakak ni contoh isteri boleh berdikari handle urusan anak2 tanpa suami. |
|
|
|
|
|
|
|
X details ni, laki gaji 50k tp bagi cukup ke x keperluan semua? Kang tanggung mak bapak kat kampung lah, adik beradik lah, byk hutang.. eh… & harta sepencarian mmg la bini boleh tuntut kan.. tp kalo dh dingin je bior la dia pegi |
|
|
|
|
|
|
|
ada bopren gaji rm80K sebulan, permanent staff + tak perlu pjj
opkos la tak tersaing dhek somi |
|
|
|
|
|
|
|
periksa DNA anak dia dulu sebelum proceed nafkah anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Firenzza at 13-6-2023 09:15 AM
Apa punya loyer la......client bayar yuran mahal2 end up jaja citer 1 negara......mmg x tau pegang rahsia.....klau citer dlm kelambu loyer ni org sebarkan tau plk dia nk saman |
|
|
|
|
|
|
|
perangai serupa guru tadika dan cikgu kaunseling belum kira ustazah/ustaz yg gunakan kes rumahtangga sebagai contoh ceramah mereka walaupun x sebut nama
|
|
|
|
|
|
|
|
So apa yang salahnya kat sini? Isteri berhak kot minta cerai, dah serupa macam tak berlaki kena tinggal urus anak sorang2, ingat senang ke urus anak sorang diri mcm ibu tunggal. Selayaknya lah dia minta semua harta sepencarian, nafkah anak mutaah sebagainya. Astaga aku x nampak salah pompuan tu. Tau kah betapa peritnya d tinggal laki sendirian ni. Budusss. Biarlah dia cari kebahagian dia, mungkin muda lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
itular, tak faham jugak
nak kata freelancer, kata gaji bulan pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 13-6-2023 09:47 AM
Kisah tersebut diceritakan semula oleh seorang peguam yang menyatakan si isteri bukan sahaja memohon penceraian tetapi turut menuntut harta sepencarian sebanyak 50 peratus.
"Selepas bercerai, bekas isterinya datang menuntut 50 peratus harta sepencarian dan RM90,000 mutaah," tambahnya. Bukan itu sahaja, nafkah edah juga diminta sebanyak RM7,000 selain RM6,000 bagi nafkah dua orang anak mereka.
mantab. after break the contract,
dapat bonos 90k, separuh dari harta ismet ulam raja,
gaji bulanan alimony 7000, dan belanja anak 6000
ni ler untong nya dapat perangkap lelaki kaya berduit
baru kau tau betina akhir jaman ni ramai spesis bewak gold digger
si laki bergadai nyawa cari nafkah di tengah laut,
si bini dok selesa di rumah jaga anak, makan minum cukup,
lifestyle mewah sebab laki keje offshore
boleh flex di socmed, bila lonely boleh layan jantan lain
bila dah bosan, minta cerai
senang2 demand harta separuh
nak tiru betina kapir di barat lettew
kaya raya lepas cerai, hasil merompak harta bekas suami
|
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 13-6-2023 08:35 AM
Meols rasa dia kerja yg bayar ikut dayrate. Ada kerja, ada gaji. Adik meols permanent staff, mula2 ...
Dayrate dia brp? Iols ada dgr org o&g sorang ni..kerja dayrate rm4k++ sehari...if sebulan kerja dpt rm120k....ok lah if setahun cuti 4 bulan pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Simunggu at 13-6-2023 09:41 AM
di darat tidak kerja tiada gaji???...patut pun RM50K sebulan hanya bila kerja di laut, tak guna Boh, bini sentiasa gersang
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau bini yg beriya2 mintak cerai & di pihak suami tak der lakukan apa2 kesalahan, mahkamah akan luluskan jugak ke segala tuntutan kewangan tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh nafkah edah smpi 7k |
|
|
|
|
|
|
|
ada wanita yg memang kuat sex...mungkin isteri dier tak puas, kebanyakan keje offshore ni kote kecik...sebab tekanan di laut menyebabkan kote mengecil |
|
|
|
|
|
|
|
lotusteratai replied at 13-6-2023 10:07 AM
fuhh nafkah edah smpi 7k
Huntong la.....klau +ve ngandung blh dpt 1 tahun nafkah +++ nafkah besarkan baby lg |
|
|
|
|
|
|
|
Adik meols baru nak masuk 2 tahun kerja, salary dia betterlah dari Pet punya fresh grad salary yg dah kerja dua tahun mcm dia.
Ada rakan sekerja dia dibyr almost USD3k per day, org UK. Tak salah that guy in Subsea, umur maybe dah 50an....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|