View: 1736|Reply: 22
|
Muncul Video Wanita Malaysia Hilang Di Thailand Kata Dia Selamat Dan Sihat
[Copy link]
|
|
Muncul tiga video menunjukkan wanita Malaysia yang dilaporkan hilang di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai, Thailand mengatakan dia selamat dan sihat.
Wanita yang dipercayai Chong Sum Yee, seorang pakar kecantikan berusia 22 tahun, kali terakhir dilaporkan dilihat di Mae Sai, kelihatan tersenyum di dalam video berkenaan.
Media melaporkan Chong berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei dan mengembara ke Mae Sai yang terletak di utara Thailand, berhampiran bandar Tachilek di Myanmar, lokasi insiden pemerdagangan orang dilaporkan sebelum ini.
Wanita yang dipercayai Chong Sum Yee, seorang pakar kecantikan berusia 22 tahun, kali terakhir dilaporkan dilihat di Mae Sai, kelihatan tersenyum di dalam video berkenaan. - Gambar fail/media sosial/Sinar Harian
Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama 'Moe Aye' di ruangan komen catatan ibu Chong, Chee Choy Wen. Kesemua video itu dipercayai dirakam dari telefon bimbit lain.
Dalam dua video itu, wanita berambut panjang itu berulang kali menyatakan "dia selamat dan sihat". Wanita itu turut merayu polis supaya berhenti mengganggu pemandu yang menghantarnya ke sana kerana pemandu itu langsung tidak tahu-menahu mengenai keadaannya.
Dalam video berdurasi 23 saat, wanita yang memakai baju berwarna gelap itu berkata "Hello. Saya sedang bekerja di sini dan saya selamat. Jangan risau tentang saya."
Menerusi satu lagi video berdurasi 33 saat, wanita itu mengulangi dia baik-baik saja, sihat dan tidak dipukul.
"Rakan-rakan, ahli keluarga dan netizen, tidak perlu risau.... Bye, bye. Saya nak makan sekarang," katanya.
Dalam video lain, wanita itu berdiri di kaunter barangan dan membuat isyarat 'peace".
Video berkenaan mencetuskan perdebatan dan keraguan dalam kalangan netizen.
Menurut Netizen, raut wajah Chong seolah-olah tidak menggambarkan situasi sebenar dan dipercayai beliau dipaksa merakam video itu.
Netizen turut mempersoalkan mengapa Chong tidak terus menghubungi ibunya, sebaliknya menghantar video melalui orang yang tidak dikenali di Facebook.
Terdahulu, polis Thailand berkata siasatan awal mendapati Chong telah menyeberang sempadan ke Tachilek, Myanmar sejak 30 Mei.
Sementara itu, ibu Chong, Chee Choy Wen tiba di Mae Sai hari ini.
Beliau diiringi penterjemah, Choy Wen, dan bertemu pihak polis untuk memberikan maklumat serta dokumen dengan harapan anaknya berjaya ditemukan.
Sementara itu, media tempatan melaporkan, Choy Wen menerima mesej di aplikasi Line mengatakan "Ibu, jangan risau."
Beliau yang kini menginap di sebuah hotel di Mae Sai, mengesyaki mesej itu ditulis oleh orang lain bagi pihak anak perempuannya.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
eh pegi keje kt sana kenapa lagi dh tau kan baru2 ni isu teruk berdekatan sana, tak baca berita ke dik oiiii, yg mak dia pun nape la lepaskan anak tu pergi tempat2 bahaya sorg2!!! eiiii marahnyee |
|
|
|
|
|
|
|
Mana bideonya nak kaji her gestures n expressions |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 8-6-2023 06:38 PM
eh pegi keje kt sana kenapa lagi dh tau kan baru2 ni isu teruk berdekatan sana, tak baca berita ke d ...
Anak dah dewasa, takkan nak kurung atau gari. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jd penculik tu srh dia berlakon n pura2 happy utk buat content kat utube mcm Kate yap tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi scammer kat situ ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Theyols ni dijanjikan kerja sebagai apa eh dekat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
pakar kecantikan
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm kene paksa je muka tu pastu mcm fake background belakang ahso ni
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
macam muka anak buah aku je |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 9-6-2023 11:44 AM
https://youtu.be/pK22pYLzc-M
kenapa die asyik pandang atas mcm membaca something |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 9-6-2023 12:56 AM
Anak dah dewasa, takkan nak kurung atau gari.
tapi dia pergi dgn izin dan pengetahuan mak dia, bkn dia lari dari rumah |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 9-6-2023 05:29 PM
tapi dia pergi dgn izin dan pengetahuan mak dia, bkn dia lari dari rumah
Saya respon berdasarkan komen awak kenapa maknya bagi pergi |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 9-6-2023 06:29 PM
tapi dia pergi dgn izin dan pengetahuan mak dia, bkn dia lari dari rumah
umur2 macam tu, mak tak bagi apa2 pun akhirnye buat senyap2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu… kes sosilawati tu… memasing tepon waris ckp dorang selamat & balik lagi 3 hari |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 9-6-2023 06:36 PM
Saya respon berdasarkan komen awak kenapa maknya bagi pergi
yela, saya komen pun berdasarkan komen awak tadi, awak kata anak dh besar takkan nk gari or kurung, sedangkan saya pertikaikan kenapa mak izinkan kalau mak dia alert berita semasa, sbb ni kategori pergi kerja, mak bleh jer halang or ikut hantar anak sekali, bukan anak dia lari rumah.. mak selalunya adalah orang yg rapat dgn anak yg bleh nasihat dan halang niat anak. Dlm situasi ni nampak mcm mak dia tahu anak pergi mana & buat apa, bkn anak tu mati2 bergaduh ngan mak degil2 nk pergi jugak. kes2 sblm ni pun family mmg tahu dan izinkan |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 9-6-2023 06:46 PM
umur2 macam tu, mak tak bagi apa2 pun akhirnye buat senyap2
kalau buat senyap2 takde sape pun bleh halang, tapi berita kt atas cerita mcm mak dia tau jer dia pergi, so kemungkinan mmg dlm pengetahuan dan izin mak dia. kes2 sblm ni kt myanmar tu pun family tahu jer, kira sama2 la kena tipu, dh anak pcaya mak pun pcaya jer, so anggap jer lah ni anak beranak 2-2 tak baca berita |
|
|
|
|
|
|
| |
|