CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

Putuskan hubungan De Bruyne-Haaland, City tempang – Varane

[Copy link]
Post time 3-6-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode

HANTARAN-hantaran Kevin de Bruyne (kiri) kepada Erling Haaland perlu disekat sebanyak yang boleh.

  

LONDON: Tonggak pertahanan Manchester United, Raphael Varane memberi amaran menjelang final Piala FA hari ini, dia tahu bagaimana hendak menyekat ‘mesin’ gol Manchester City, Erling Haaland.

Kedua-dua kelab menuju ke pertembungan derby Manchester untuk memburu trofi kedua musim ini selepas ­United menjulang Piala Liga dan City memenangi Liga Perdana Inggeris.

Haaland yang menyertai City pada musim panas dari Borussia Dortmund menjadi sebahagian besar kejayaan mereka, menjaringkan 52 gol luar biasa dalam 51 perlawanan (semua pertan­dingan).

Pasukan Pep Guardiola mampu meraih gelaran treble musim ini setelah turut mara ke final Liga Juara-Juara.

Red Devils bertekad untuk menghalang mereka daripada me­lakukannya kerana mahu me­ngekalkan status sebagai satu-satunya kelab Inggeris yang pernah memenangi treble pada 1999.

Jika United mahu menang di Wem­bley, mereka mesti mengekang Haa­land, selain menyekat bantuan yang se­ring diterima daripada perancang utama, Kevin De Bruyne.


RAPHAEL Varane (kanan) menggalas tugas mengekang Erling Haaland.

“Haaland pemain yang amat bagus, kita semua tahu tetapi bahaya dari City ada di mana-mana.

“Mereka boleh menjaringkan gol menerusi sepakan bebas, penguasaan bola atau peralihan permainan.

“Kami tahu kami perlu menghalang mereka sebagai satu pasukan dan secara kolek­tif sebagai satu kumpulan.

“Sebagai pemain pertahanan, saya perlu fokus kepada hubungan Haaland dan De Bruyne. Hantaran kedua-dua pemain amat rumit untuk dipertahankan, jadi kami akan cuba putuskan hubungan itu.

“Kami akan cuba meng­halang mereka lebih awal dan bukan di akhirnya, kerana kadang-kadang sudah ter­lambat. Kami tahu kami perlu kuat sebagai satu pa­sukan,” kata ­Va­rane. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ity-tempang-varane/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.048846 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list