CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11396|Reply: 37

TENTANG PEMASANGAN CERMIN GELAP KERETA

[Copy link]
Post time 14-12-2010 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Pemasangan cermin gelap

Salah seorang pekerja memasang cermin gelap pada kenderaan di sebuah bengkel di Kangar, semalam.



UTUSAN MALAYSIA: Apakah ukuran cermin gelap yang dibenarkan di bawah peruntukan undang-undang?

ZULHASMI: Penggunaan cermin gelap mestilah mengikut peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan hendaklah melebihi 70 peratus, manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan pula, hendaklah melebihi 50 peratus.

Terdapat pengecualian di mana peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20 peratus memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan di tingkap tetapi semua jenis bas atau caravan, kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.

Siapakah yang dibenarkan menggunakan cermin gelap?

Kaedah 11 (a) dan 11 (b) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Meng
enai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik kerajaan yang digunakan oleh individu berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:

n Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.

n Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu negeri atau konsortnya.

n Pemangku raja sesuatu negeri atau konsortnya.

n Pembesar memerintah negeri bagi Negeri Sembilan atau konsortnya.

n Bakal raja sesuatu negeri atau konsort bakal raja itu.

n Bekas raja sesuatu negeri atau konsortnya.

n Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu negeri.

n Hakim Mahkamah Agong atau Mahkamah Tinggi.

n Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-masing oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.

Sekiranya cermin gelap tidak dibenarkan, mengapa terdapat kedai aksesori kenderaan menawarkan pemasangan cermin gelap dan terdapat kedai berkenaan yang mendakwa mendapat kelulusan JPJ?

Dengan adanya permintaan daripada orang awam, bertambahlah kedai yang menawarkan penjualan dan pemasangan cermin gelap di pasaran.

Terdapat berbagai-bagai jenis material yang digunakan untuk menggelapkan cermin kenderaan. Selain itu, kemasukan kenderaan import yang dipasang siap dengan cermin gelap menjadi faktor penggalak kepada penggunaan cermin gelap.

Adalah tidak benar dakwaan bahawa JPJ memberi kelulusan kepada mana-mana kedai aksesori bagi tujuan pemasangan cermin gelap.

Namun demikian, adalah tidak menjadi kesalahan jika pemasangan yang dilakukan mematuhi ketelusan cahaya yang dibenarkan.

Terdapat kenderaan yang diimport di mana cermin gelap telah siap dipasang di kilang. Adakah ini juga menyalahi peraturan?
Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, ketelusan cahaya hendaklah mematuhi peruntukan di bawah kaedah tersebut, tidak kira sama ada ia kenderaan import atau sebaliknya.

Untuk tujuan pendaftaran, setiap kenderaan import dikehendaki menjalani pemeriksaan khas di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum ia didaftarkan oleh JPJ.

Sekiranya didapati kenderaan tersebut tidak mematuhi Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kenderaan tersebut tidak akan didaftarkan sehinggalah pemilik berdaftar menukar cermin kenderaannya itu.

Sekiranya seseorang itu memasang cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan atau tidak mendapat kelulusan, apakah denda yang akan dikenakan terhadapnya?

Denda atau kompaun yang boleh dikenakan bagi kesalahan pertama adalah tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi dua minggu.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda yang boleh dikenakan adalah tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanakah proses pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa JPJ ke atas kenderaan yang menggunakan cermin gelap?

Anggota penguat kuasa JPJ akan menahan kenderaan tersebut dan mengukur tahap ketelusan cahaya dengan menggunakan alat pengukur khas.

Sekiranya keputusan ujian didapati gagal mematuhi tahap ketelusan cahaya yang ditetapkan, anggota penguat kuasa JPJ akan mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan Motor dan mengeluarkan saman kepada pemandu pemilik serta merta.

Pemilik kenderaan diberi tempoh 10 hari untuk menukar keadaan cermin kenderaan tersebut dan diminta hadir di mana-mana JPJ berdekatan untuk pemeriksaan semula.

Kegagalan mematuhi notis tersebut dan kegagalan menyelesaikan saman dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengakibatkan kenderaan terbabit disenaraihitamkan oleh JPJ.

Adakah terdapat pengecualian bagi penggunaan cermin gelap?

Di bawah Kaedah 11(c) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan kuasa Menteri memberi kebenaran secara bertulis untuk penggunaan cermin gelap.

Di bawah peruntukan itu, Menteri mempertimbangkan penggunaan cermin gelap yang dipohon atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan pemohon.

Bagi tujuan permohonan penggunaan cermin gelap kerana mempunyai masalah kesihatan, pemohon boleh mengemukakan permohonan penggunaan cermin gelap kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia untuk kelulusan Menteri Pengangkutan.

Pemohon boleh dapatkan borang khas permohonan penggunaan cermin gelap di alamat berikut; Bahagian Penguatkuasa, JPJ Malaysia, Aras 1, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62620 Putrajaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2010 03:54 PM | Show all posts
sooooo?


The length of your posts do not meet the requirements. Current Length: 7 characters System Limit: 10 to 10000 characters
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 08:35 PM | Show all posts
Bimbang jugak aku ngan kete aku ni...dh bli kete org tu dh bg free tinted ni...mcm agak gelap jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 09:01 PM | Show all posts
pakai cromax ja,,smart pong smart...tinted gelap kuren chung
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 09:25 PM | Show all posts
pakai cromax ja,,smart pong smart...tinted gelap kuren chung
kucingTomey Post at 14-12-2010 21:01



    cromax kedai ah bang ker
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 09:27 PM | Show all posts
Reply 5# otomen_taro


    cromax ori maaa,,dtg ngan cerming
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2010 09:33 PM | Show all posts
cromax  coco untuk mira pon 200+ maa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 09:40 PM | Show all posts
aku kalo bole nk tinted golap2..x ske org leh nmpk kte tgh drive
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2010 09:46 PM | Show all posts
aku kalo bole nk tinted golap2..x ske org leh nmpk kte tgh drive
cik.secreto Post at 14-12-2010 21:40



    kang kena rompak
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 09:52 PM | Show all posts
Reply 9# otomen_taro


senang ker?xla..klo cermin gelap ni org x nmpk kte kt dlm kn so senang la klo nk korek idung ker hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 10:09 PM | Show all posts
Reply  otomen_taro


senang ker?xla..klo cermin gelap ni org x nmpk kte kt dlm kn so senang la k ...
cik.secreto Post at 14-12-2010 21:52



ni mesti suka projek dlm keta ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 10:32 PM | Show all posts
ni mesti suka projek dlm keta ..
waksir Post at 14-12-2010 22:09


hamboi2 sedap2 jer erk..sory la erk aku x men la projek2 nih..org jakun je yg projek dlm keta mcm ko kn?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 10:40 PM | Show all posts
tujuan pasang cermin gelap utk beromen dan korek taik idung yer
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 11:22 PM | Show all posts
Reply 13# mycos79

owhh tidak..celah mane la nk romen bf pn tarak hokeh..klo gelap aku org x nmpk..aku nih kdg2 bwk keta mcm org gila
so org x nmpk la yg aku ni gurl..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 11:35 PM | Show all posts
Reply 14# cik.secreto

I pong sama tau gf lom ader{:2_76:} leh berkenalan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 08:38 AM | Show all posts
sbb panas kat luar sane..... huhh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 08:58 AM | Show all posts
Reply  cik.secreto

I pong sama tau gf lom ader leh berkenalan
mycos79 Post at 14-12-2010 23:35


hehe xpe la pakcik..jaga la makcik n ank2 kt umh..tp klo ade ank teruna yg solo bg la knal2 dgn sy yea..pastikan umor msti melebihi 25 hikhikhik..yg bwh2 nih kebanyakkan masuk air
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 09:01 AM | Show all posts
Reply 17# cik.secreto

....alah cuba tengok datok K dan bung mokhtar...wokey jer
   
pengalaman lebeehh
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 09:09 AM | Show all posts
Reply  cik.secreto

....alah cuba tengok datok K dan bung mokhtar...wokey jer
     ...
mycos79 Post at 15-12-2010 09:01



    tua2 nih byk penyakit..jap2 kang sakit pinggang la,lutut la..letih nk menjaga nyer..mmg la duit byk tp x hepy watpe..pastu jangka masa nk idup dgn dia pendek jer huhuhu..tp klo da jdoh nk wat cmner kn..ade gak makcik umor 57 kawin dgn bdk lelaki umor 23..boleh jer dorang kawin bkn lelaki jer kawin muda
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 09:22 AM | Show all posts
Reply  otomen_taro


senang ker?xla..klo cermin gelap ni org x nmpk kte kt dlm kn so senang la k ...
cik.secreto Post at 14-12-2010 21:52



    xleh....nnt Jabatan Agama susah nk skodeng ..
lg 1..kalo jd ape2 kt dlm kete tu xde org tau..kot2 dlm kete ko ade perampok ke tgh acu pisau kt leher....hah...ape mcm? org kt luar bukan nampak pon.. selamat la jawabnye
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.521876 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list