CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Man United mahu 'rombak' sejarah dengan gelaran di Piala FA

[Copy link]
Post time 1-6-2023 03:16 PM | Show all posts |Read mode

LONDON: Dua belas tahun lalu, Manchester City mengubah landskap bola sepak Inggeris dengan menewaskan Manchester United yang memburu kejuaraan trebel.

Kini episod itu bakal berulang apabila usaha City untuk memburu gelaran trebel akan diancam United menjelang final Piala FA, Sabtu ini.

Dengan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dimuktamadkan buat kali ketiga berturut-turut, City kini dalam pemburuan dua lagi gelaran untuk muncul sebagai kelab kedua Inggeris - selepas dilakukan United pada 1999 - menjuarai EPL, Liga Juara-Juara dan Piala FA dalam satu musim.

Memenangi Piala Liga dan menduduki tempat ketiga dalam saingan EPL, United kini dalam era kebangkitan semula tetapi menewaskan juara liga pada final Piala FA bakal menjadi pencapaian lebih utama.



"Memang sudah jelas kami menentang pasukan terbaik pada masa ini, tetapi masih ada peluang. Kami perlu memberikan segala-galanya," kata pengendali United, Erik ten Hag.

Dengan kemungkinan kelab mereka akan dibeli pemilik baharu, penyokong United boleh bermimpi untuk mencontohi lonjakan City yang bermula dengan kemenangan tidak dijangka di Wembley sejak sedekad lalu.

Kejayaan semasa City dan status United sebagai pencabar utama mungkin berada di luar imaginasi apatah lagi kali terakhir mereka bertemu adalah di separuh akhir Piala FA di Wembley pada 2011.

Hanya beberapa minggu selepas pertembungan itu di stadium kebangsaan, United merangkul gelaran EPL buat kali keempat dalam tempoh lima tahun, selain turut mara ke final Liga Juara-Juara.

Ketika United di era kebangkitan di bawah kendalian Alex Ferguson, kekalahan City di Wembley masih lagi terasa apabila City turus dihantui kemarau trofi.

Namun City mula melonjak selepas diambil alih oleh kumpulan Sheikh Mansour yang berpangkalan di Abu Dhabi pada 2008, perbelanjaan besar mereka untuk pemain baharu menjadi bualan dalam saingan EPL.

Ferguson secara tidak langsung menepis spekulasi mengenai City yang mengancam United apabila dia menggelar saingan mereka sebagai 'jiran bising' pada 2009.

Tetapi City membuktikan mereka semakin meningkat bermula ketika di bawah pengurusan Roberto Mancini apabila mara ke separuh akhir Piala FA yang menjadi titik tolak kebangkitan mereka.

Joleon Lescott adalah sebahagian pemain pertahanan yang menghalang United dan bek tengah itu mengingatkan perlawanan itu sebagai titik perubahan buat kedua-dua kelab.

"Separuh akhir Piala FA itu adalah perubahan sebenar dalam kepercayaan sebagai sebuah kelab, untuk kami sebagai pemain dan penyokong, tetapi juga untuk United," kata Lescott.

"Mereka menyedari kami adalah ancaman sebenar. Itu adalah titik perubahan yang sebenar. Ia benar-benar mendorong kami." - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... gelaran-di-piala-fa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.162687 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list